Nak mencari kek mudah dan sedap untuk menu petang ? Boleh cuba resipi kek marble coklat yang sangat sedap ini. Tengok gambar pun dah tahu tahap kegebuan dan kelembutan kek ini kan.Dihidangkan bersama air teh atau kopi o, memang padan.
Sebelum tu jom tengok tips yang sangat-sangat berguna untuk buat resipi kek marble coklat ni.
1- Melalui pengalaman membuat kek ini, penggunaan mentega menghasilkan kek yang lebih gebu tetapi agak kering berbanding menggunakan marjerin (biasanya saya guna marjerin Seri Pelangi).
2- Adunan kek marble coklat ini juga boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian dan diwarnakan dengan beberapa warna berlainan jika ingin hasilkan kek marble yang berwarna warni.
BACA DI LINK BARU : Resepi Kuih Loyang Best Opah Sapiah Dengan Pelbagai Tips Penting
3- Jika inginkan permukaan kek yang kurang garing/gelap, letakkan sekeping kertas timah di atas permukaan loyang setelah 25-30 minit kek dibakar dan sambung bakar hingga kek masak.
Terima kasih ekapda Puan Zurina Binti Kifli di atas sumbangan resipi kek marble coklat ini kepada kami semua.
Bahan Resipi Kek Marble Coklat Beryls :
- 150 gram marjerin pelangi – cairkan dan biar sejuk
- 150 gram gula kastor
- 1 sudu makan ovalette
- 6 biji telur gred A
- 50 ml susu fullcream
- 1 sudu teh esen vanilla
- 230 gram tepung naik sendiri
- 2 sudu makan serbuk koko
Cara Buat Resipi Kek Marble Coklat Sedap :
#1: Ayak tepung naik sendiri ke dlm mangkuk pengadun.
Masukkan ovalette,telur gula castor,susu,tepung,esen vanilla dalam bekas mixer.
Pukul dengan kelajuan perlahan hingga sebati. Kemudian naikkan kelajuan mixer dan pukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan menjadi pekat dan putih.Adunan nampak gebu dan ringan.
Matikan mixer,sisip ke tengah adunan yang melekat pd tepi mangkuk mixer,kadang-kadang ada ovalette yang melekat pada mangkuk yang tidak sebati dengan adunan. Hidupkan balik mixer,mix adunan dengan high speed seminit.Perlahankan semula kelajuan mixer dan masukkan marjerin/mentega yang telah dicairkan awal tadi. Adun hingga sebati tapi jangan terlebih adun.Nanti adunan cair dan kek tak naik cantik.
#2: Ambik 10 sudu makan adunan putih dan ratakan pada dasar loyang 9×9.Simpan lebih kurang 6 sudu makan adunan putih dalam bekas lain.Baki adunan dlm mangkuk mixer campurkan dengan serbuk coklat.
Kaup balik perlahan hingga sebati.Tuangkan adunan coklat kedalam loyang dan ratakan dengan spatula perlahan-lahan.Kemudian kat atas tu lapiskan dengan adunan putih yang disimpan asing tadi.
Ratakan tapi jangan sampai ke tepi loyang.Biar nampak adunan coklat disekeliling loyang.Lorekkan dgn lidi satay secara membulat di sekeliling tepi loyang.
#3: Hentakkan loyang kek perlahan-perlahan 2-3 kali dan bakar pada suhu 175 darjah selama 60- 75 minit,api atas bawah.
Letak loyang kek pada rak paling bawah agar kek masak sempurna dan atasnya cantik@tidak gelap.(suhu bergantung kepada kepanasan oven masing-masing)
Bila kek telah masak, terlangkupkan loyang berisi kek di atas redai besi petak2 4 segi. Kemudian keluarkan loyang perlahan-lahan
Biarkan kek 5 minit baru terbalikkan keatas redai yg lain dlm posisi asal.Biarkan kek sejuk sebelum masukkan dlm bekas bertutup.
Dah siap dah resipi kek marble coklat yang sedap ini. Tak rugi anda mencubanya tau.
Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom