Resipi Kek Marble Pelangi Yang Mudah Tapi Rasa Best. Lembut

47871
Senang nak buat resipi kek marble pelangi yang gebu seperti ini bila dah disenaraikan lengkap bahan resipi dan juga diberikan tips menarik kan.Boleh la buat

Resipi kek marble pelangi ini adalah antara resepi kek yang mudah untuk anda cuba.Sesuai sangat untuk dimakan kosong dan  cara pembuatannya pula senang dan mudah. Boleh la bagi mereka yang ingin belajar buat kek, cuba sahaja resipi kek ini. Insyaallah berpuas hati.

Resipi kek marble pelangi ini gebu adalah kerana penggunaan tepung kek itu sendiri.Tepung kek berbeza dengan tepung gandum kerana telah dicampur dengan sukatan agen penaik sendiri ke dalam kek tu. Jadi anda tak perlu susah payah nak tambahkan agen penaik ke dalam tepung.

Sekarang anda dah tahu fungsi penggunaan tepung kek naik sendiri, bolehlah mencuba resipi kek marble pelangi yang dikongsikan oleh Puan Badariah Abdrahman ini. Terima kasih kerana sudi berkongsi kek yang mudah buat kami semua.

BACA DI LINK BARU : Resepi Sup Ayam Best 2 Versi. Sup Mamak Vs Sup Ayam Kampung

Untuk lagi menambah kesedapan kek, anda boleh gunakan pure unsalt butter. Tapi jangan tersalah dengan buttercup ya. Ianya bukan butter tapi jenama. Pilih butter dari jenama Anchor dan sebagainya. Tapi kalau anda nak jual., boleh beritahu customer sama ada mahu dari butter atau marjerin biasa. Harga pun mestilah berbeza sedikit.

Boleh tahan harga bahan kek sekarang ni kan. Tu ramai yang buat sendiri untuk sekadar makan dan resipi kek marble ini adalah dari salah satu pilihan pelbagai jenis resipi kek yang telah kami tulis di laman web ini.

Untuk bantu anda dapat hasil yang sama ,sebijik,Kami kongsikan bahan kuantiti resipi dalam berat gram. Tepat dan mudah.

Bahan Resipi Kek Marble Pelangi Mudah :

  • 300 gram butter
  • 280 gram gula kastor
  • 300 gram tepung naik sendiri
  • 20 gram tepung gandum
  • 5 biji telur ayam gred B
  • 2 sudu makan susu cair
  • 2 sudu teh esen vanilla
  • pewarna pilihan

Cara Buat Resipi Kek Marble Pelangi Gebu :

#1: Ayak tepung gandum dan tepung naik sendiri lebih kurang 2-3 kali dan ketepikan.Dalam bekas pengisar, masukkan gula kastor dan juga butter. Pukul sampai ianya bertukar warna menjadi putih pucat dan kembang. Barulah masukkan telur satu persatu sambil dipukul. Tambahkan susu dan juga esen vanilla.

Barulah masukkan tepung yang sudah diayak tadi dan kacau sebati. Cukup kacau dengan tangan je yang proses ni.

Senang nak buat resipi kek marble pelangi yang gebu seperti ini bila dah disenaraikan lengkap bahan resipi dan juga diberikan tips menarik kan.Boleh la buat

#2: Bahagikan kepada 3-4 bahagian ikut pilihan anda dan masukkan pewarna/perasa yang digemari.Sementara itiu panaskan oven pada suhu 190’C selama 10 minit.

Alas loyang saiz 8 dengan baking paper dan oles dinding loyang dengan lebihan butter tadi. Barulah masukkan setiap senduk dari bahagian berbeza selang seli setiap satu. Barulah ianya akan membentuk corak ytang menarik.

Bakar pada api atas bawang pada suhu 170-180’C ikut oven masing-masing selama 45 minit. Salah satu cara nak tahu kek sudah masak atau belum, anda cucuk permukaan kek dengan lidi sate.

Senang nak buat resipi kek marble pelangi yang gebu seperti ini bila dah disenaraikan lengkap bahan resipi dan juga diberikan tips menarik kan.Boleh la buat

Kalau lidi keluar licin, dah masak tandanya kek anda. Kalau masih lagi terlekat dan basah, lebihkan lagi masa pembakaran.

Senang kan mencuba resipi kek marble ni.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom