Resipi Kek Masam Manis Kukus Senang Best. Rugi Tak Buat

7305
Kalau nak mudah, buatlah resipi kek masam manis ni. Sedap guna asam flake atau asam manis yang banyak dijual di pasaraya  tu.

Kalau nak mudah, buatlah resipi kek masam manis ni. Sedap guna asam flake atau asam manis yang banyak dijual di pasaraya  tu. Ala yang sewaktu kecil kita makan dengan begitu berselera tu.hee

Sedikit tips untuk anda buat kek masam manis ini, bila sahaja melibatkan kukus, pastikan tutup pengukus dengan kain tuala supaya air tidak menitik masuk ke atas permukaan kek.
Kukus kek menggunakan api sederhana besar untuk pastikan kek tidak berombak.

BACA DI LINK BARU : Resepi Triple Chocolate Mousse Cake Mr Ali. Best Lengkap Tips

Kalau nak sedap lagi rasa kek, gunakan pure butter. Buttercup bukan butter tapi marjerin tau. Jenama pure butter unsalt ialah Lurpax, Anchor dan sebagainya. Pilih sahaja antara satu jenis ini. Tapi kalau nak gunakan marjerin pun tiada masalah.

Kalau nak mudah, buatlah resipi kek masam manis ni. Sedap guna asam flake atau asam manis yang banyak dijual di pasaraya  tu.

Terima kasih kepada Puan Intan’z Jumaah di atas sumbangan resipi kek masam manis yang begitu menyelerakan ini.

Bahan Resipi Kek Masam Manis :

  • 2 cawan majerin
  • 1/2 cawan gula
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 6 biji telur
  • 1/2 tin susu pekat
  • Asam manis secukupnya
  • 2 sudu teh esen vanilla
  • Perwarna ikut suka

Cara Buat Resipi Kek Masam Manis Sukatan Cawan :

#1: Pukul butter/marjerin bersama dengan gula hingga kembang sebati. Warnannya bertukar menjadi putih pucat. Masukkan telur satu persatu dan letak esen vanilla. Pukul sebati lagi. Boleh guna hand mixer.

Kalau nak mudah, buatlah resipi kek masam manis ni. Sedap guna asam flake atau asam manis yang banyak dijual di pasaraya  tu.

Barulah tambah bahan ayak tadi sedikit demi sedikit sambil kacau cukup sekadar sebati. Bahagikan adunan kepada 2-3 bahagian mengikut pilihan anda. Letak pewarna/perasa ikut pilihan.

#2: Alas loyang 9 inci dengan baking paper dan sapu minyak sedikit di dinding loyang.

Ceduk masuk adunan 1 dengan senduk bulat dalam anggaran 2 senduk dan letak asam haw. Kukus lapisan pertama sekitar 10-15 minit bergantung pada ketebalan lapisan.

Baru tambah lapisan kedua dengana adunan 2 dan letak lagi asam haw dan kukus pada temph masa yang sama.

Ulang sehingga ke lapisan terkahir dan untuk lapisan atas, susun asam haw flakes mengikut kreativiti anda dan kukus 35-40 minit dengan api sederhana.

#3: Biarkan kek masam manis anda sejuk dahulu barulah dikeluarkan dan dipotong. Dah siap

Sangat mudah kan penyediaan resipi kek masam manis ini.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom

Kalau nak mudah, buatlah resipi kek masam manis ni. Sedap guna asam flake atau asam manis yang banyak dijual di pasaraya  tu.