Resipi kek minyak kukus yang bukan sahaja sedap malah senang untuk disediakan. Dengan rasa kek yang lembut, amatlah sesuai untuk anda buat sebagai menu sarapan atau menu minum petang
Dan jangan risau, dengan ikuti tips dan resipi penuh kami berikan, anda akan bangga dengan hasil yang diperolehi.

Bahan Resipi Kek Minyak Kukus Mudah :
- 5 biji telur ayam gred B
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh baking powder
- 1/2 cawan gula
- 1 cawan susu pekat
- 1 cawan minyak jagung/minyak masak
- 1 sudu teh ovalette
- 1 sudu teh esen vanilla
- Emulco/pewarna pilihan
Gunakan cawan sukatan standard. Anda boleh beli di kedai bakeri untuk dapatkan sukatan yang tepat bagin secawan
Cara Buat Resipi Kek Minyak Kukus Senang :
#1: Anda masukkan air di dalam periuk pengukus dan biarkan mendidih terlebih dahulu.Basuh telur dahulu untuk buang segala najis, pecahkan dalam bekas. Ketepikan seketika. Ayak tepung gandum bersama baking powder supaya rata.
Masukkan telur tadi ke dalam pengisar makanan dan masukkan semua bahan lain kecuali emulco/warna serta tepung gandum.
Kisar hingga semua sebati dan adunan berbuih serta menjadi putih
Tuang ke dalam mangkuk besar dan barulah masukkan tepung gandum yang telah dicampur dan diayak tadi sedikit demi sedikit.
Kacau sebati dan bahagikan kepada dua bahagian atau 3 bahagian. Masukkan emulco/pewarna pilihan pada kadar sesuai.
#2: Sapu minyak pada dasar acuan 8 inci dan ke atas. Tujuan supaya kek tidak melekat.
Masukkan adunan kek minyak ke dalam acuan secara berselang seli atau mengikut pilihan anda. Kukus 45 minit pada api sederhana besar.
Dah masak, tunggu kek sejuk terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dan dipotong.
Selamat mencuba resipi kek minyak kukus ini. Senang kan.
Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom