Resipi Kek Pandan Kastard Best Dengan Tips Lengkap.Jom Buat.

44808
Kami kongsikan resipi kek pandan kastard yang sangat menggiurkan . Dengan kek span yang lembut dan dilitupi oleh adunan kastard, memang menyelerakan.

Hari ini kami nak kongsikan resipi kek pandan kastard yang sangat menggiurkan . Dengan kek span yang lembut dan dilitupi oleh adunan kastard, memang menyelerakan.

Kami pecahkan kepada 2 bahagian utama iaitu resipi kek pandan dan juga cara buat adunan kastard untuk mudahkan anda faham dan ikut.

BACA DI LINK BARU :Resepi Kek Marble Jelita Lembut Habiss.Best Sangat Resepi Lengkap

Untuk resipi kek pandan kastard, yang paling penting adalah tepung hoen kwe. Kenapa pelik sangat nama tepung nya? Untuk pengetahuan anda, tepung ni dihasilkan daripada kekacang.Boleh dapatkan di pasaraya.Biasanya tepung hoen kwee terdapat dalam warna hijau dan putih yang paling mudah cari.

Terima kasih kepada Cik Bunga di atas sumbangan resipi kek pandan kastard ini.Semoga murah rezeki.

Bahan Resipi Kek Pandan Kastard – Kek Span Pandan

  • 150 gram tepung kek / tepung naik sendiri / tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 150 gram gula kastor
  • 5 biji telur gred A
  • 80 ml air
  • 4 helai daun pandan
  • 80 ml mentega cair
  • 1 sudu makan membukit ovellete
  • Pewarna hijau
  • Pandan emulco

Bahan resipi ini akan hasilkan 2 biji kek bersaiz 8 inci. Kalau anda mahukan 1 biji kek sahaja, gunakan loyang yang lebih besar.

Kami kongsikan resipi kek pandan kastard yang sangat menggiurkan . Dengan kek span yang lembut dan dilitupi oleh adunan kastard, memang menyelerakan.

Cara Buat Resipi Kek Pandan Kastard – Kek Span :

#1: Daun pandan di gunting halus dan dikisar bersama 80 ml air
Tepung di campur bersama baking powder, kemudian diayak.Marjerin di cairkan. Ketepikan dahulu.

Satukan, gula kastor, telur, ovellete dan tepung yang telah di ayak bersama baking powder.Dengan kelajuan maksima pukul bahan hingga menjadi putih, ringan dan gebu
Anggaran masa memukul 10 minit

#2: Tuangkan air pandan, 1 sudu teh pewarna hijau dan 1 sudu teh pandan emulco.Terus putar dengan kelajuan tinggi.

Tuangkan mentega cair dan kaup balik adunan hingga rata.Oles loyang dengan marjerin di dasar dan dinding loyang. Sementara itu panaskanketuhar terlebih dahulu.
Ketuhar perlu dipanaskan 15 minit lebih awal sebelum memasukkan adunanSuhu yang dicadangkan adalah 170C, ini bergantung pada jangka hayat ketuhar masing-masing.

#3: Tuang adunan yang telah siap ke dalam loyang.Bakar pada suhu 170C selama 40 minit

Kek ini akan mengecut sedikit dan turun sedikit masa minit terakhir proses membakarSetelah kek masak segera keluarkan kek dan terus terbalikkan kek atas redai.

Ini bagi mengelakkan kek turun oleh tarikan graviti.Selepas 10 minit, keluarkan dari loyang

Dah siap kek span pandan, barulah kita pergi pada bahan resipi kastard pula.

Bahan Resipi Kastard : 

Bahan (A)

  • 160 gram gula kastor
  • 500 ml air daun pandan
  • 1 sudu besar serbuk agar-agar segera

Bahan (B)

  • 400 ml santan pekat
  • 85 gram tepong hoen kwee hijau
  • 1 sudu kecil pewarna hijau
  • secubit garam

Kami kongsikan resipi kek pandan kastard yang sangat menggiurkan . Dengan kek span yang lembut dan dilitupi oleh adunan kastard, memang menyelerakan.

Cara Buat Resipi Kastard Kek Pandan :

#1: Kek span di hiris kepada 2 bahagian. Ketepikan
Untuk membuat kastad, campurkan kesemua Bahan (A) dalam periuk.Masak atas api sederhana hingga mendidih.Kacau hingga gula hancur.

Satukan Bahan (B) dalam mangkuk dan gaul rata.
Masukkan adunan ini kedalam adunan (A).

#2: Kacau atas api sederhana hingga adunan pekat dan mendidih. (jgn terlalu lama/pekat, nanti tak smooth bila dituang atas kek)Sediakan acuan bulat atau petak, guna jenis loose tin atau apa jer bentuk kek span kita.. (Saya gunakan balik acuan yang digunakan untuk memasak kek tadi).

Letakkan satu lapisan kek span dalam acuan. tuangkan kastard keatas kek hingga menutupi lubang di sekelilingnyaLetakkan lapisan kedua kek span dan tuang lagi kastad dan lapisan akhir pun sama habiskan kastard tadi.

#3: Hentakkan acuan 3 kali di atas meja yang agar kastard padat dibahagian bawahnya, biarkan kek sejuk baru dimasukkan dalam peti sejukKeluarkan kek yang telah sejuk dari acuan .
Salut dengan kelapa kering atau hias mengikut citarasa anda..

Dah siap dah resipi kek pandan kastard yang sangat sedap ini. Betul. Cubalah sendiri.

Kami kongsikan resipi kek pandan kastard yang sangat menggiurkan . Dengan kek span yang lembut dan dilitupi oleh adunan kastard, memang menyelerakan.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom