Resipi Kek Pelangi Lembut Best. Rugi Tak Buat Kek Senang Ni!

10494
Memang mudah untuk sediakan resipi kek pelangi lembut yang sedap ini. Dengan rasa lembab dan lembut, memang sesuai sangat anda buat kalau rasa ingin makan kek.

Memang mudah untuk sediakan resipi kek pelangi lembut yang sedap ini. Dengan rasa lembab dan lembut, memang sesuai sangat anda buat kalau rasa ingin makan kek. Hidang untuk menu minum petang pun boleh bersama air kopi atau teh ni.

Antara tips resipi kek pelangi marjerin ni ialah, untuk pastikan kek lembab, seeloknya dibiarkan dulu seharian dan dimakan keesokkan. Hasilnya, tesktur kek menjadi moist.

Untuk anda yang belum tahu cara mengenal pasti kek masak, bila dah sampai tempoh pembakaran, cucuk kek dengan lidi sate. Kalau tiada adunan kek melekat pada lidi sate setelah dikeluarkan, itu tanda kek sudah masak sepenuhnya. Tapi kalau ada adunan masih melekat, kek belum masak sepenuhnya dan tambah masa pembakaran.

BACA DI LINK BARU : Resepi Kek Masam Manis Kukus Best Tapi Sangat Senang Dibuat

Hal ini terjadi kerana oven yang digunakan oleh kita berlainan jenis dan power. Ada yang power, ada yang kurang power. Sebab tu kena sesuaikan dengan oven masing-masing.

Terima kasih kepada Puan Fiza Omel di atas resipi kek pelangi yang cantik menarik tertarik ini. Boleh kamu semua cuba kek senang tapi sedap ni.

Memang mudah untuk sediakan resipi kek pelangi lembut yang sedap ini. Dengan rasa lembab dan lembut, memang sesuai sangat anda buat kalau rasa ingin makan kek.

Bahan Resipi Kek Pelangi Lembut :

  • 250 gram tepung gandum
  • 250 gram marjerin planta/pelangi
  • 220 gram gula
  • 70 ml susu cair
  • 1 penutu esen vanilla
  • Perasa/pewarna pilihan

Cara Buat Resipi Kek Pelangi Mudah :

#1: Menggunakan mixer, hand mixer pukul marjerin dengan gula sehingga sebati dan kembang. Warna adunan bertukar menjadi putih pucat. Barulah masukkan telur satu persatu sambil dipukul dan tambahkan esen vanilla.

Bila dah sebati, tambah tepung gandum beserta susu cair berselang seli secara sedikit demi sedkit. Kacau bagi sebati.

Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan mula masukkan pewarna pilihan ke dalam setiap bahagian.

#2: Sambil itu panaskan oven pada suhu 170’C selama 10 minit dan sapu marjerin pada dinding loyang 7 inci dan alas dengan baking paper.

Masukkan adunan dalam 3 sudu makan secara berselang seli dan akhir sekali, hentak untuk keluarkan udara.Lorekkan permukaan atas kek dengan lidi untuk jadikan corak pilihan

Bakar selama 70-80 minit pada suhu 160’C menggunakan api atas bawah. Pada minit ke 70, boleh cuba cucuk kek dengan lidi sate untuk tengok kek sudah masak atau belum.

Memang mudah untuk sediakan resipi kek pelangi lembut yang sedap ini. Dengan rasa lembab dan lembut, memang sesuai sangat anda buat kalau rasa ingin makan kek.

Dah siap dah kek pelangi best yang boleh anda cub. Sedap

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom