Resipi Kek Pisang Gebu Best Pakai Blender Aje Tauuuu

25733
Tengok kepada resipi kek pisang gebu yang dihasilkan ini, memang sangat menarik. Dalam gambar dah pun terserlah kelembutan keknya, apatah lagi jika dimakan

Tengok kepada resipi kek pisang gebu yang dihasilkan ini, memang sangat menarik. Dalam gambar dah pun terserlah kelembutan keknya, apatah lagi jika disuap masup ke dalam mulut. Menyelerakan kan.

Kalau anda ada pisang masak yang sudah ranum, bolehlah ambil buat kek pisang ini. Pisang yang masak ranum memainkan peranan penting dalam warna kek pisang yang terhasil. Oleh kerana semakin pisang masak, semakin bertambah kandungan gula dalam pisang, maka warna keperangan kek pisang juga bertambah.

BACA DI LINK BARU : Resipi Kek Butter Marble Best.Rugi Tak Buat,Sedap Sangat

Pisang yang sesuai untuk dijadikan kek pisang banyak jenis. Anda boleh guna pisang berangan, pisang emas, pisang kapas mahupun pisang lemak manis. Yang sedap mestilahd daripada pisang berangan ataupun pisang emas kan.

Terima kasih kepada Puan Aliah Yahya Alia di atas sumbangan resipi kek pisang gebu yang sangat menyelerakan ini. Bolehlah kami cuba nanti.

Bahan Resipi Kek Pisang Blender Mudah :

  • 1 cawan gula pasir (boleh tentukan sendiri tahap kemanisan)
  • 1 cawan minyak jagung/ minyak masak
  • 4 biji telur
  • 6 biji pisang berangan
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh baking soda
  • 1/2 sudu teh garam

Tengok kepada resipi kek pisang gebu yang dihasilkan ini, memang sangat menarik. Dalam gambar dah pun terserlah kelembutan keknya, apatah lagi jika dimakan

Cara Buat Resipi Kek Pisang Mudah :

#1: Satukan terlebih dahulu tepung gandum bersama baking powder dan juga baking soda. Ayak 2 kali dan ketepikan seketika.

Di dalam bekas pengisar makanan, masukkan telur,garam,gula dan kisarkan hingga adunan kembang berbuih. Tambah minyak masak dan kisar sebati.

Tambah masuk potongan pisang dan kisar halus. Tuangkan adunan ini ke dalam bekas besar.

#2: Barulah ditambah masuk tepung tadi secara sedikit demi sedikit dan dikacau manja cukup sekadar sebati sahaja.Sementara itu panaskan oven selama 10 minit pada suhu 170’C.

Alas loyang 9 inci dengan baking paper dan sapukan marjerin pada dinding loyang. Kalau oven anda kecil, boleh buat dua kali dengan menggunakan loyang 5 inci.

Bakar kek pisang pada suhu 160’C selama 50 minit menggunakan api atas bawah mengikut oven masing-masing. Nak tahu kek sudahpun masak atau belum, pada minit ke 45, cucuk kek pisang dengan lidi sate. Kalau tiada tepung melekat pada kek, ianya sudah masak.

Tapi jika masih melekat, tambahkan masa pembakaran 5-10 minit dan uji sekali lagi.

Selamat mencuba resipi kek pisang gebu dan senang ini.

Tengok kepada resipi kek pisang gebu yang dihasilkan ini, memang sangat menarik. Dalam gambar dah pun terserlah kelembutan keknya, apatah lagi jika dimakan

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom