Kami berikan resipi kek pisang kukus coklat yang anda boleh buat guna pisang kesukaan seperti pisang lemak manis, pisang emas dan pisang berangan. Memang sedap la bila pilih buah pisang yang masak ranum. Bila kukus tu aroma kek mencucuk hidung.
Nampak memang cun hasil resipi kek pisang kukus ni. Tapi sebenarnya , cara buat dia pun mudah.Kita gunakan pengisar makanan/blender sahaja untuk satukan semua sekali.
BACA DI LINK BARU : Resipi Kek Masam Manis Kukus Senang Best. Rugi Tak Buat
Jadi sangat rugi kalau anda tak mencuba resipi kek ini. Terima kasih kepada Puan Noriza Awang di atas sumbangan resipi ini. Boleh kami mencubanya alang-alang dah ada pisang yang masak
Bahan Resipi Kek Pisang Kukus :
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan gula
- 1 cawan minyak masak
- 1 cawan pisang yang siap dilenyek
- 4 biji telur ayam gred B
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 1 sudu teh baking powder
- 2 sudu makan serbuk koko
- 1 sudu teh esen vanilla.
Cara Buat Resipi Kek Pisang Coklat Sedap :
#1: Masukkan tepung gandum , soda bikarbonat dan baking powder kedalam satu bekas . Ayak bahan lebih kurang 2 kali supaya campuran rata. Ketepikan seketika.
Dalam bekas pengisar makanan , pecahkan telur dan masukkan gula, minyak serta esen vanilla. Kisar hingga semua adunan sebati.
Barulah masukkan ke dalam bekas besar. Tambah masuk pisang dan tepung yang siap diayak tadi. Kaup balik hingga sebati.
#2: Sapu loyang dengan marjering untuk elak melekat nanti. Sementarta itu boleh dipanaskan air dalam pengukus hingga ari mendidih.
Bahagikan dua adunan kek pisang. 1 biasa dan 1 bahagian lagi tambah serbuk koko. Kacau sebati.
Masukkan adunan secara berselang seli ke dalam loyang. Untuk dapatkan garisan yang cantik, guna senduk yang sama saiz. Ulang hingga siap.
Kukus kek pisang dalam masa 60 minit menggunakan api sederhana besar atau sehingga masak.
Bila resipi kek pisang anda siap masak, jangan terus potong.Biarkan sejuk dulu baru keluarkan daripada loyang dan potong. Tujuannya untuk elakkan kek menjadi rosak. Selamat mencuba.
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom