Resipi Kek Span Coklat Best Gebu Gebas. Ikut Je Cara Ini

40371
Kalau anda nak buat kek yang sedap, apakata cuba resipi kek span coklat ini. Boleh dibuat untuk dijadikan kek majlis hari jadi, kek pertunangan,

Kalau anda nak buat kek yang sedap, apakata cuba resipi kek span coklat ini. Boleh dibuat untuk dijadikan kek majlis hari jadi, kek pertunangan, kek kahwin dengan jadikan kek ini sebagai asas sebelum disalut dan dicover dengan krim.

Sedikit ilmu untuk anda buat resipi kek span coklat yang terbaik ialah,antara masalah kek span yang umum adalah antaranya , kek naik cantik ketika dibakar tetapi apabila dikeluarkan selepas masak , struktur kek mula mengecut dan kek jatuh. Punca kepada masalah ini anda memukul atau mengadun adunan kek terlalu lama sehingga hasilkan rongga udara yang banyak dan ianya kembali mengecut

Jika kek anda tidak naik langsung , maksudnya adunan bahan tidak dipukul secukupnya untuk membolehkan ruang udara mengembang ketika proses pembakaran. Jadi timing perlu dititikberatkan.

BACA DI LINK BARU : Resipi Cucur Udang Garing Best Siap Dengan Sos. Sangat Menarik

Pastikan anda mengikut resipi seperti yang dinyatakan untuk hasil terbaik.Terima kasih kepada Jejaka Brownie kerana sudi berkongsi resipi kek span coklat untuk kita semua.

Kalau anda nak buat kek yang sedap, apakata cuba resipi kek span coklat ini. Boleh dibuat untuk dijadikan kek majlis hari jadi, kek pertunangan,

Bahan Resipi Kek Span Coklat Gebu :

Bahan A

● 50 gram tepung gandum
● 50 gram serbuk koko
● 50 gram tepung jagung
● 1/2 sudu makan baking powder
● 120 gram gula kastor
● 60 gram susu full cream
● 5 biji telur ayam gred B
● 1 1/2 sudu makan opvelate
● 1 sudu makan essen vanila
● Secubit garam

Bahan B

  • 60 gram minyak jagung

Kalau anda nak buat kek yang sedap, apakata cuba resipi kek span coklat ini. Boleh dibuat untuk dijadikan kek majlis hari jadi, kek pertunangan,

Cara Buat Resipi Kek Span Coklat Flawless :

#1: Dalam bekas mixer, masukkan semua bahan A dan kacau dengan kelajuan paling tinggi atau maksimum selama 10 minit sahaja. Sementara siap, pastikan anda panaskan oven sekitar 8-10 minit pada suhu 160’C.

Bila dah siap kacau, barulah masukkan bahan B iaitu minyak masak dan tak perlu kacau menggunakan mixer. Cukup dengan gunakan manual dan kaup balik sahaja supaya sebati.

Adunan kek ini akan dapat 2 biji jika anda gunakan loyang saiz 6 1/2 inci.

#2: Tuang adunan ke dalam ke dalam loyang yang telah digris dasar dan dinding loyang dengan marjerin.Bakar menggunakan api atas bawah selama 1 jam atau sehingga masak.

Letak kek di bahagian rak bawah sekali. Bila dah masak, keluarkan kek dan telangkupkan sehingga sejuk. Barulah boleh dipotong dan hasil nya cantik.

Selamat mencuba resipi kek span coklat ini.

Kalau anda nak buat kek yang sedap, apakata cuba resipi kek span coklat ini. Boleh dibuat untuk dijadikan kek majlis hari jadi, kek pertunangan,

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom