Resipi Kerabu Cekur Best Dan Ini Khasiat Cekur Untuk Wanita Hebat

1417
Wahhh rupanya banyak khasiat cekur. Selain kami akan berikan resipi kerabu cekur yang menggiurkan ini, boleh juga anda ambil tahu apa khasiat daun cekur

Wahhh rupanya banyak khasiat cekur. Selain kami akan berikan resipi kerabu cekur yang menggiurkan ini, boleh juga anda ambil tahu apa khasiat daun cekur dalam kesihatan terutama untuk para wanita di luar sana.

Kalau anda tak tanam lagi daun cekur di rumah, boleh mula tanam dalam pasu dan menikmati khasiat daun cekur. Bukan sahaja dalam bidang masakan malah dalam bidang kesihatan.

Daun cekur mmg banyak khasiatnya. Rugi besar kalau kaum wanita tak amalkan isi cekur dan daun cekur.

BACA DI LINK BARU : Resipi Kek Batik Best Lembut Dengan Tips Cantikkan Permukaan

Antara khasiat daun cekur :

1. Anti penuaan
2. Memecahkan angin dalam urat saraf
3. Mengucupkan dan memulihkan rahim ibu bersalin
4. Memperbanyakkan susu
5. Menguatkan rahim dan mencegah keguguran
6. Mengelakkan sembelit

7. Mempercepatkan sembuh luka

Ramai yang ambil isi cekur je tapi daun cekur dilupakan. Sedap tau daun cekur. Sape suka daun cekur ?

Terima kasih kepada Puan Nur  Aida Md Zainudin di atas sumbangan resipi kerabu cekur .Buat macam style kampung.Ada rasa budu, masam, masin manis semua lengkap. Jom kita cuba.
Wahhh rupanya banyak khasiat cekur. Selain kami akan berikan resipi kerabu cekur yang menggiurkan ini, boleh juga anda ambil tahu apa khasiat daun cekur

Bahan Resipi Kerabu Cekur :

  • Daun cekur secukup rasa
  • 4-5 ekor ikan selayang bakar tanpa minyak
  • 50 gram kerisik
  • 3 biji bawang merah saiz bola pingpong
  • 1 batang serai dihiris
  • 5-6 biji lada hitam
  • Budu, garam dan gula secukup rasa
  • 1 hiris limau nipis
Boleh tambah cili api, hirisan bawang holand atau bawang merah kalau anda suka.
Wahhh rupanya banyak khasiat cekur. Selain kami akan berikan resipi kerabu cekur yang menggiurkan ini, boleh juga anda ambil tahu apa khasiat daun cekur

Cara Penyediaan Resipi Kerabu Cekur :

#1: Buat sambal ikan dlu.Tumbuk lada hitam, serai, bawang merah, kerisik dan isi ikan. Masukkan garam dan gula. Garam tu jangan byk sgt sbb nak tambah budu kan. Nt masin plk. Ketepikan

Wahhh rupanya banyak khasiat cekur. Selain kami akan berikan resipi kerabu cekur yang menggiurkan ini, boleh juga anda ambil tahu apa khasiat daun cekur

#2:  Hiris daun cekur. Masukkan dlm bekas hirisan daun cekur dan tambahkan sambal ikan td, budu dan limau nipis. Gaulkan dan siap. Kalau nak pedas lagi boleh letak hirisan cili potong dan bawang merah

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom