Resipi Ketupat Sotong Kelantan Best Yang Senang Tapi Lazat

310
Sebab tak boleh balik ke kampung halaman, maka resipi ketupat sotong Kelantan ini salah satu menu yang sesuai untuk anda buat kalau rindukan kampung halaman.

Sebab tak boleh balik ke kampung halaman, maka resipi ketupat sotong Kelantan ini salah satu menu yang sesuai untuk anda buat kalau rindukan kampung halaman. Dengan pulut yang dimasukkan ke dalam badan sotong dan direneh dalam santan pekat bercampur gula melaka dan aroma lain, pasti puas hati.

Kebiasaan kalau buat ketupat sotong ini ada dua jenis sahaja,. Resipi ketupat sotong Kelantan dan ketupat sotong Terengganu. Ada beberapa perbezaan tapi tidaklah ketara. Anda nak ikut atau campurkan pun boleh.Kita yang masak kan. Tapi sebagai pengetahuan anda, mari kita tengok.


Dari segi warna, ketupat sotong Kelantan adalah bewarna coklat hasil daripada penggunaan gula melaka kerek dan ketupat sotong Terengganu biasanya bewarna putih kerana ianya menggunakan gula biasa sahaja.

Selain daripada warna, ada sesetengah versi di Terengganu yang memasukkan rempah halba dan juga sedikit halia untuk dapatkan kelaianan. Kalau anda suka, boleh la tambah.
Sebab tak boleh balik ke kampung halaman, maka resipi ketupat sotong Kelantan ini salah satu menu yang sesuai untuk anda buat kalau rindukan kampung halaman.

Kalau anda ragu-ragu sama ada mahu membuang kulit luar sotong ataupun tidak, ianya terpulang.Ada yang suka togelkan kulit luar sepenuhnya dan ada yang suka makan kulit luarnya.

Untuk tips resepi ketupat sotong Kelantan ini :

1: Kalau tengok dalam resepi banyak guna daun pandan kan. Selain jadikan kuahnya wangi, daun pandan juga berfungsi untuk elakkan sotong hangit. Kerana kita akan lapik periuk dengan daun pandan baru disusun sotong di atasnya.

2 : Untuk mudahkan dan cepat masak beras pulut, guna beras pulut susu dan rendam terlebih dahulu dengan air sekitar 1-2 jam untuk beras pulut mengembang.

Bahan Resipi Ketupat Sotong Kelantan :

  • 7-8 ekor sotong buang dakwat dan dibersihkan
  • 3/4 cawan beras pulut rendam 3 jam
  • 150 ml santan pekat
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh halba
  • 1 helai daun pandan
  • 1 batang serai kecil diketuk

Cara Buat Resipi Ketupat Sotong Kelantan :

#1: Isi beras pulut yang dah siap direndam 1-2 jam ke dalam sotong,Masukkan 1 sudu makan santan pekat dalam sotong. Lekatkan kepala dengan lidi sate or pencungkil gigi.

Sebab tak boleh balik ke kampung halaman, maka resipi ketupat sotong Kelantan ini salah satu menu yang sesuai untuk anda buat kalau rindukan kampung halaman.

Letak daun pandan dalam periuk, 150 mlm santan pekat Ben guna Farm Fresh,1/2 sudu teh garam ,1 sudu teh halba dan nak lagi beraroma Ben ketuk sebatang serai kecil. ( serai ni pilihan ) serta 3/4 keping kecil gula Melaka.

Lebihan beras pulut pun Ben masukkan sekali. Elakkan membazir dan sedapp.

Buka api kecik,tutup periuk dalam 10-15 minit bagi mendidih.Baru buka periuk dan api sederhana besar bagi kering sedikit.

Sebab tak boleh balik ke kampung halaman, maka resipi ketupat sotong Kelantan ini salah satu menu yang sesuai untuk anda buat kalau rindukan kampung halaman.

Siap dah untuk dinikmati. Memang berbaloi . Sedap
Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom