Resipi Koleh Lemak Terengganu Asli Yang Best.Anda Kena cuba

1435
Hari ini kami mahu kongsikan resipi koleh lemak terengganu yang sungguh menarik perhatian. Jadi kalau anda terasa mahu menikmati kuih koleh lemak, bolehlah buat

Hari ini kami mahu kongsikan resipi koleh lemak terengganu yang sungguh menarik perhatian. Tak mungkin anda akan berjumpa kuih ini luar dari Terengganu.Jadi kalau anda terasa mahu menikmati kuih koleh lemak, bolehlah buat.

Resipi koleh lemak terengganu ni ada 3 bahagian utama iaitu lapisan koleh lemak sendiri, sambal ikan dan seterusnya kuah koleh lemak daripada santan. Gabungan ketiga-ketiga bahagian ini menerbitkan rasa sedap yang unik.Kalau belum cuba, mesti kena cuba buat.

BACA DI LINK BARU : Resipi Kek Batik Best Lembut Dengan Tips Cantikkan Permukaan

Terima kasih kepada Tuan Muliadi Ramli yang sudi berkongsi resipi Koleh Lemak Terengganu yang sangat enak untuk dinikmati ini.

Bahan Resipi Koleh Lemak Terengganu Mudah :

Lapisan Koleh Lemak :

  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan santan
  • 4 cawan air
  • 2 sudu makan air kapur
  • garam gula secukup rasa
  • sedikit perasa kalau mahu

Cara Membuat Lapisan Resipi Koleh Lemak :

#1: Dalam satu bekas, masukkan tepung berasa bersama dengan santan dan air.Kacau sebati kemudian tuang dalam periuk.

Hidupkan api sederhana sambi kacau. Sentiasa kacau sehingga semua sebati dna mulai memekat. Masukkan garam gula serta perasa dan masak lagi hingga adunan betul-betul pekat. Masukkan dalam loyang dan biarkan ianya sejuk.

Hari ini kami mahu kongsikan resipi koleh lemak terengganu yang sungguh menarik perhatian. Jadi kalau anda terasa mahu menikmati kuih koleh lemak, bolehlah buat

Resipi Sambal Ikan : 

  • Ikan selayang 8 ekor dibersihkan dan direbus bersama garam dan asam keping. Bila masuk boleh hancurkan isi ikan .
  • 1 inci halia dimayang
  • 3 biji bawang merah dimayang
  • 1/2 sudu teh halba
  • 1/2 cawan santan
  • gula garam perasa

Satukan semua bahan di atas ke dalam kuali dan sangai/masak hingga kering.

Hari ini kami mahu kongsikan resipi koleh lemak terengganu yang sungguh menarik perhatian. Jadi kalau anda terasa mahu menikmati kuih koleh lemak, bolehlah buat

Resipi Kuah Koleh :
  • 1 cawan santan
  • 3 sudu makan tepung beras
  • 3 sudu makan gula
  • garam secukup rasa

Cara membuatnya:

#1: Satukan semua bahan ke dalam periuk dan kacau rata. Baru hidupkan api perlahan dan sentiasa kacau bagi mengelakkan santan pecah minyak. Kacau hingga kuah mulai memekat.

Masukkan gula garam. Dah siap.

Hari ini kami mahu kongsikan resipi koleh lemak terengganu yang sungguh menarik perhatian. Jadi kalau anda terasa mahu menikmati kuih koleh lemak, bolehlah buat

Cara makan koleh lemak ini ialah ambil sedikit koleh lemak, taburkan sambal ikan dan letak kuah santan. Rasa manis-manis lemak cukup menggiurkan dan sedap untuk dinikmati.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom