Kalau anda teringin nak makan rojak buah, kami ada sediakan satu resipi kuah rojak buah yang cukup mengancam.Boleh anda buat dan menikmati makan rojak buah nanti.
Kalau di Pantai Timur khususnya di Kelantan, rojak buah lebih dikenali sebagai colek buah dan sangat popular pada bulan Puasa. Dijadikan moreh di samping colek lain seperti colek ayam, colek popia,colek kerang dan sebagainya. Memang sedap.
BACA DI LINK BARU : Resepi Sambal Goreng Buka Selera Orang Sakit. Best Sangat
Terima kasih kepada Ben Safwan yang sudi berikan resipi kuah rojak buah yang menarik ini dan viral di media sosial
Jom tengok resipi colek buah Ben bersama dengan tips. Ini resipi akan dapat satu periuk boleh kongsi dengan jiran dan adik beradik.
Bahan Resipi Kuah Rojak Buah Sedap :
- 1 liter air
- 500 gram gula putih
- 40 gram udang kering Thailand dibakar/disangai
- 5 sudu makan petis udang halal Istiqamah Halim
- 1 keping besar nisse Kelantan ( gula melaka )
- 150 gram bawang putih cincang dan digoreng
- 40 gram serbuk lada kering halus
- 250 gram kacang tanah goreng kisar halus
- 250 gram kacang tanah goreng kisar separa kasar
- 200 gram serbuk asam boi putih
- 30 gram asam jawa
- 10 sudu makan kicap pekat Jalen
- 2 sudu teh garam halus ( pink kristal Halalgel )
Cara Buat Resipi Kuah Rojak Buah Senang dan Mudah :
#1: Persiapkan bahan. Sangai/bakar udang kering,cincang dan goreng bawang putih,sangai kacang tanah dan bahagi dua. 1 kisar halus 1 kisar separa kasar,sediakan air asam jawa. Air ambil dari total 1 liter tadi.
Dalam pengisar masukkan serbuk asam boi putih,1 bahagian kacang kisar halus,serbuk lada kering halus,bawang putih goreng,garam,air asam jawa bersama isi ( biji buang ),petis udang dan ambil air gula tu sikit masukkan.
#2: Kisar halus semua bahan sebelum masukkan semula dalam periuk. Buka api sederhana kecil dan kacau sebati.
Tambah masuk kicap pekat dan masak lama sikit sekitar 20 minit lepas masuk kicap pada api sederhana kecil dan kacau sesekali. Bagi semua bersatu rasa .
Tutup api dan biarkan sejuk seketika barulah masukkan 1 bahagian kacang kisaran separa kasar tu. Bagi rangup.
Hasil colek buah ni akan dapat pedas minima. Pedas sedap nama dia.
Colek ni akan pekat dengan bahan dan TAK GUNA SEBARANG TEPUNG ya.
Cara simpan : Letak dalam bekas kecil-kecil dan simpan dalam peti.
Kami cadangkan buat 1/3 dari sukatan dia atas kalau untuk setakat makan ahli keluarga .
Selamat mencuba. Yang ni dah cukuppp sodap sangat dah.
Gunakan pelbagai buah-buah lepas tu gaul dengan colek buah ni,aduhai sodapp sangat
Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom