Resipi Kuih Kaswi Best Mudah Dibuat Sedap Dimakan

29122
Jom hari ini kami berikan anda resipi kuih kaswi lembut yang senang untuk anda buat. Boleh lah sepanjang cuti PKP ini anda mencubanya kan. Bahan senang je

Jom hari ini kami berikan anda resipi kuih kaswi lembut yang senang untuk anda buat. Boleh lah sepanjang cuti PKP ini anda mencubanya kan. Tak perlu bahan-bahan yangh susah pun. Bila makan dengan kuih kaswi yang disalut dengan parutan kelapa, puas hati dengan rasa nya.

Untuk jadikan resipi kuih kaswi bertambah sedap, cuba baca dulu tips yang kami beri ini :

1- Untuk dapatkan permukaan yang cantik adalah anda perlu alas / tutup permukaan pengukus dengan kain tuala untuk elakkan wap air menitik ke permukaaan kuih yang sedang dikukus.

2- Kuih kaswi memang tak lari penggunaan kapur makan dalam resepinya.Bukan kapur barus ya.Tapi elakkan penggunaanbm yang terlebih sebab bolehkan kuih kaswi menjadi pahit.

Apa fungsi nya ?

Kapur makan untuk bantu adunan kuih kaswi tadi menjadi likat dan kental.Barulah tak lembik kuihnya melekat pada loyang pengukus kan.

BACA DI LINK BARU : Resipi Donut Gebu Gebas Best Dengan Cara Buat Mudah

3- Gunakan salutan kelapa daripada kelapa sederhana muda dan campurkan dengan sedikit garam dan dikukus seketika. Hasilnya memang cukup rasa sedap, rasa lemakknya dan tahan lama lambat basi.

Terima kasih kepada Puan Nor Diana Mat Desa di atas sumbangan resipi kuih kaswi ini. Tak sabar rasanya kami nak buat di rumah.

Jom hari ini kami berikan anda resipi kuih kaswi lembut yang senang untuk anda buat. Boleh lah sepanjang cuti PKP ini anda mencubanya kan. Bahan senang je

Bahan Resipi Kuih Kaswi Lembut :

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 helai daun pandan
  • 1/2 cawan tepung ubi
  • 1 sudu teh air kapur
  • 1 cawan gula merah
  • 3/4 cawan gula biasa
  • 5 cawan air

Kelapa parut daripada kelapa sederhana mudah yang dicampurkan secubit garam dan dikukus.

Cara Buat Resipi Kuih Kaswi Sukatan Cawan :

#1: Larutkan gula pasir dan gula merah dengan 2 cawan air serta sehelai daun pandan sehingga hancur sebati semuanya. Biarkan sejuk.

Masukkan kesemua bahan termasuk baki 3 cawan air dan masukkan air gula yang sejuk. Jangan lupa tapis ya. Sementara itu boleh didihkan air dalam pengukus.

Jom hari ini kami berikan anda resipi kuih kaswi lembut yang senang untuk anda buat. Boleh lah sepanjang cuti PKP ini anda mencubanya kan. Bahan senang je

#2: Masukkan adunan kuih kaswi ke dalam loyang 8×8 dan kukus dengan api sederhana besar selama 30-40 minit. Jangan lupa tutup penutup pengukus untuk elakkan air menitis ke atas permukaan kuih.

Bila kuih kaswi dah masak, sejukkan dahulu kuih sebelum dipotong dengan pisau plastik yang disapu minyak dan disalutkan ke dalam campuran kelapa parut dan garam yang dikukus.

Dah siap dah resepi kuih tradisi ini. Selamat mencuba.

Jom hari ini kami berikan anda resipi kuih kaswi lembut yang senang untuk anda buat. Boleh lah sepanjang cuti PKP ini anda mencubanya kan. Bahan senang je

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom