Memang sedap resipi kuih lapis ini bila menggunakan tepung beras cap 3 gajah. Selain dari jenama ini, anda boleh juga guna tepung beras cap teratai tapi jika mahukan rasa kuih lapis yang lembut dan kenyal elok,sila pilih yang cap 3 gajah ya.
2- Untuk elakkan air jatuh ke dalam talam yang sedang dikukus , letakkan tuala di sekeliling permukaan pengukus sebelum tutup atau nak senang, balut terus penutup pengukus dengan tuala.

Untuk pemilihan cawan,anda boleh gunakan cawan penyukat standard 250ml untuk sukat semua bahan yang diperlukan.
Bahan Resipi Tepung Lapis Sukatan Cawan :
- 2 cawan tepung beras cap 3 gajah
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan tepung jagung
- 2 cawan santan pekat
- 6 cawan air
- 2 cawan gula pasir
- 1/4 sudu teh garam
- Sedikit perasa keladi
- Pewarna ungu atau pewarna pilihan anda
Cara Buat Resipi Kuih Lapis Sedap :
#1: Masukkan air ke dalam periuk dan panaskan sebentar. Barulah tambah masuk gula dan kacau hingga hancur. Barulah tutup api dan ketepikan.
Dalam bekas yang lain, tambah masuk segala jenis tepung,santan pekat,garam dan tambahkan air gula tadi. Kacau rata dan sebati.
#2: Adunan tadi dibahagi dua dan masukkan perasa serta warna pilihan yang anda mahu.Nak guna warna merah ke, kuning ke, hijau ke, terpulang.
Sambil itu panaskan air dalam pengukus, oles minyak ke dinding sekeliling loyang 10 inci dan pada bahagian dasar loyang, boleh dilapikkan dengan plastik tahan panas.
Bila air dalam pengukus dah mendidih, masukkan adunan kuih lapis yang tidak bewarna dalam 2 senduk dan kukus dalam 5 minit. Baru tambahkan 2 senduk saiz yang sama dengan adunan bewarna dan kukus 5 minit lagi. Buat langkah yang sama sehingga kedua-dua adunan habis.
#3: Bila dah habis dah adunan terakhir, barulah kukus selama 20 minit kuih lapis anda supaya masak dengan cantikknya.
Bila dah masak, pastikan sejuk dahulu barulah dipotong. Mudah kan resipi kuih lapis ini. Selamat mencuba tau.
Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom