Resipi Kuih Sagu Mata Ikan Best.Tips Dapatkan Sagu Berbiji

94209
Seronok resipi kuih sagu mata ikan yang diberikan dalam artikel ni. Makan pula dengan parutan kelapa sederhana muda, memang gandingan sesuai.. 

Seronok resipi kuih sagu mata ikan yang diberikan dalam artikel ni. Makan pula dengan parutan kelapa sederhana muda, memang gandingan sesuai. Nak buat kuih ni pun senang sangat.

Kuih sagu ni anda boleh guna pewarna semulajadi atau pewarna pilihan. Kalau suka merah, gunakan sirap. Kalau suka hijau, gunakan jus air pandan yang dikisar daripada daun pandan.
Barulah harum mewangi kuih lopes sagu ini. Terima kasih kepada Puan Mas Cotek kerana sudi berkongsi resipi kuih sagu mata ikan beserta tips nya sekali.
Satu lagi tips ialah, pastikan kuih sagu telah sejuk sepenuhnya sebelum dipotong. Gunakan pisau plastik untuk dapatkan potongan yang kemas dan cantik. Sekali tekan, terus tarik sampai ke hujung untuk setiap potongan. Jangan angkat.
Seronok resipi kuih sagu mata ikan yang diberikan dalam artikel ni. Makan pula dengan parutan kelapa sederhana muda, memang gandingan sesuai.. 

Bahan Resipi Kuih Sagu Mata Ikan Mudah :
  • 1 cawan sagu
  • 1 cawan gula pasir
  • 3 cawan air
  • 1 1/4 sudu teh sirap berperisa ros cap Golden Lion
  • 4-5 helai daun pandan simpul
  • Isi kelapa parut sederhana muda dan secubit garam

Cara Buat Resipi Kuih Sagu Mata Ikan Cantik : 

#1: Dalam periuk,masukkan air bersama gula, helaian daun pandan dan sirap ros. Masak hingga air mendidih. Barulah tambah masuk sagu. Sambil itu panaskan air di dalam pengukus.

Kacau hingga adunan menjadi pekat dan teruskan masak dengan api besar. Sambil tu sediakan loyang 10×10 yang dioles dengan sedikit minyak. Bila dah agak pekat, keluarkan sagu dan tuang masuk ke dalam loyang.

Keluarkan daun pandan ya. Kukus selama 20-30 minit sehingga sagu menjadi jernih sepenuhnya.

Seronok resipi kuih sagu mata ikan yang diberikan dalam artikel ni. Makan pula dengan parutan kelapa sederhana muda, memang gandingan sesuai.. 

Angkat dan sejukkan. Potong sagu mengikut cara di atas dan lumurkan ke dalam kelapa parut dan garam . Anda boleh kukus dulu kelapa parut supaya tahan lama.

Cara ini akan jadikan kuih sagu mata ikan anda nampak berketul bulat-bulat dan cantik tau apabila masak. Senang dipotong dan dikeluarkan dan barulah dilumurkan dengan kelapa parut yang dah dicampur garam. Sedap dimakan.Nyummmm

Siap untuk dihidangkan resipi kuih sagu mata ikan yang sedap ni. Selamat mencuba.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom

Seronok resipi kuih sagu mata ikan yang diberikan dalam artikel ni. Makan pula dengan parutan kelapa sederhana muda, memang gandingan sesuai..