Resipi Kuih Tako Sagu Best Beserta Tutorial Kelongsong

8879
Hari ini kami nak berikan resipi kuih tako sagu. Memang best untuk anda cuba dan mudah dibuat. Tak perlu kukus dah. Boleh la cuba buat kan.

Hari ini kami nak berikan resipi kuih tako sagu. Memang best untuk anda cuba dan mudah dibuat. Tak perlu kukus dah. Boleh la cuba buat kan.Sebelum pergi ke cara buat kuih tako sagu,kami akan berikan anda tutorial untuk hasilkan kelongsong kuih tako.

Kalau anda tak nak buat kelongsong dari daun pandan, boleh gunakan bekas dadih plastik. Tapi keharuman kuih takkan sama jika gunakan bekas plastik. Jom tengok.

#1: Pilih daun pandan yang lebar. Baru besar cantik saiz kelongsong. Buang bahagian yang keras di tepi. Daun pandan yang lebar dan panjang boleh hasilkan dua kelongsong jika cukup panjang.

Ukur setiap 4 cm sebanyak 5 bahagian dengan pembaris. Bahagian terkakhir dibuang bawahnya. Rujuk gambar.Lepas tu dah tak payah ukur dengan pembaris dah. Jadikan rujukan/acuan untuk seterusnya.

Hari ini kami nak berikan resipi kuih tako sagu. Memang best untuk anda cuba dan mudah dibuat. Tak perlu kukus dah. Boleh la cuba buat kan.

BACA DI LINK BARU : Resepi Kuih Limas Kuih Tradisi Negeri Perak.Best Tau

Lipat silang setiap bahagian. Rujuk gambar.Barulah kemaskan dengan stapler. Siap untuk kelongsong kuih tako sagu.Bila dah siap kelongsong, baru boleh buat kuihnya.

Bahan Resipi Kuih Tako Sagu Lapisan Bawah :

Kuantiti bahan ini akan hasilkan 15-18 kuih tako sagu.

  • 2/3 cawan sagu biasa
  • 2-3 sudu makan sirap
  • air secukupnya

Cara Buat Resipi Kuih Tako Sagu Lapisan Bawah :

#1: Didihkan air,letak sirap 2-3 sudu makan dan tunggu sampai mendidih berbuih-buih.

Masukkan lebih kurang 2/3 cawan sagu biasa/putih dan rebus sampai jernih. Kaup sagu dan letak dalam bekas. Cara ini akan jadikan sagu melekat cantik dan sesuai untuk dijadikan kuih mata ikan/kuih tako.

Terus kaup 1 1/2 sudu makan sagu panas-panas,letak dalam kelongsong dan biarkan sejuk.

Hari ini kami nak berikan resipi kuih tako sagu. Memang best untuk anda cuba dan mudah dibuat. Tak perlu kukus dah. Boleh la cuba buat kan.

Bahan Resipi Kuih Tako Lapisan Atas :

  • 2 sudu makan tepung jagung/ubi
  • 200 ml santan pekat
  • 50 ml air
  • 1 helai daun pandan disimpul
  • 4-5 sudu makan gula
  • Secubit garam

Cara Buat Resipi Kuih Tako Lapisan Atas :

#1: Masukkan semua bahan ke dalam periuk terlebih dahulu dan kacau sebati untuk elakkan berketul.Bila dah sebati baru letakkan atas api sederhana dan sesekali kacau.

Adunan akan bertukar menjadi pekat bila tepung tadi bertukar pada kanji. Terus tutup api bila seperti ini dan tuang adunan ini ke atas lapisan bawah sagu itu tadi.

Nak sedap lagi makan kuih tako, bila dah sejuk, anda masukkan dalam peti. Memang sangat sedap bila nak makan.

Dah siap resipi kuih tako sagu. Cukup rasa lemak manis sagu bercampur dengan kepala santan. Cubalah. Sedap.

Hari ini kami nak berikan resipi kuih tako sagu. Memang best untuk anda cuba dan mudah dibuat. Tak perlu kukus dah. Boleh la cuba buat kan.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom