Resipi Pisang Goreng Habuk Rangup Best Tak Serap Minyak

146220
Sedapnya resipi pisang goreng ni. Memang habuk banyak dan yang paling penting,tak serap minyak tau. Ada banyak tips kami nak kongsikan

Sedapnya resipi pisang goreng ni. Memang habuk banyak dan yang paling penting,tak serap minyak tau. Makan pula dengan sambal kicap, aduhai sedap sungguh. Ada banyak tips kami nak kongsikan.

Antara tips penting dalam hasilkan resipi pisang goreng ini ialah :

1- Jangan goreng pisang atau ubi keledek dalam api yang perlahan. Nanti minyak akan meresap masuk ke dalam gorengan hingga jadi lembik. Gunakan api sederhana besar.

2- Gunakan pisang yang baru nak masak. Bukan terlalu masak untuk elakkan pisang yang digoreng menjadi lembik serta menyerap minyak.

3- Untuk buat sambal kicap sedap, pastikan anda bakar bawang merah dan bawang putih hingga masak untuk elakkan rasa mentah bawang.Cili juga dibakar untuk elakkan rasa pijar.

BACA DI LINK BARU : Resepi Sambal Petai Tempe Asam Best Makan Dengan Ikan Goreng

Selepas anda ikuti tips di atas, kami percaya mesti berbeza hasil gorengan. Terima kasih kepada Puan Normala Kori di atas perkongsian resepi pisang goreng yang menarik. Semoga puan disembuhkan dari penyakit yang dihadapi dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Sedapnya resipi pisang goreng ni. Memang habuk banyak dan yang paling penting,tak serap minyak tau. Ada banyak tips kami nak kongsikan

Bahan Resipi Pisang Goreng Rangup :

  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur saiz C. Kalau saiz A 1/2 biji sahaja
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 4 sudu makan air kapur ( guna 1 sudu teh kapur yang dilarutkan dengan 4 sudu makan air )
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu makan membukit mentega
  • 3 sudu makan kelapa parut jika mahu

Campurkan semua bahan ini ke dalam bekas dan barulah masukkan 2 cawan air yang dimasukkan sedikit demi sedikit. Bancuh tepung gorengan hingga kepekatan sesuai ya. Guna cawan yang sama.

Sedapnya resipi pisang goreng ni. Memang habuk banyak dan yang paling penting,tak serap minyak tau. Ada banyak tips kami nak kongsikan

Cara Buat Resipi Pisang Goreng Sedap :

#1: Panaskan minyak di dalam kuali dengan api sederhana besar. Potong pisang kepada dua bahagian dan ubi keledek. Masukkan ke dalam tepung gorengan tadi.

#2: Bila minyak dah panas, celupkan pisang dalam bancuhan dan masukkan dalam kualit. Goreng pada suhu api sesuai dengan pastikan buih panas sentiasa ada dan tidak terlalu mendidih.

Bahan Resipi Sambal Kicap :

  • 1/2 bawang merah saiz bola pingpong
  • 4 cili thai tapi Ben guna 3 sahaja
  • 3 ulas kecil bawang putih

Cara Buat Resipi Sambal Kicap Pisang Goreng :

Bakar sampai layu semua. Tumbuk lepas tu masukkan kicap pekat manis secukupnya. Perah asam limau kasturi sedikit dan dah siap.

Senang kan. Pisang goreng sedap sangat kalau anda cicah dengan sambal kicap ni.Tapi kalau anda nak resepi pisang goreng cheese, senang je.

Sedapnya resipi pisang goreng ni. Memang habuk banyak dan yang paling penting,tak serap minyak tau. Ada banyak tips kami nak kongsikan

Selamat mencuba resepi best ni.Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom