Resipi Popia Sira Sambal Best Tak Lembik Walau Disimpan

41550
Buat sendiri resipi popia sira sambal baru puas hati makan kan. Dengan isi yang penuh dengan inti sedap, sos yang pekat manis serta tak lembik.

Buat sendiri resipi popia sira sambal baru puas hati makan kan. Dengan isi yang penuh dengan inti sedap, sos yang pekat manis serta tak lembik. Semua kami berikan tips dan caranya satu persatu. Menarik kan.

Bahan – bahan resepi popia sira sambal ini dibahagikan 3 bahagian iaitu kulit popia sendiri. Pilih yang bersaiz medium yang mengandungi 50pcs . Kedua , cara inti disediakan  dalam popia sira sambal yang menjadikan ianya rangup dan tidak mudah layu . Ketiga , sos sira sambal yang menggiurkan.

BACA DI LINK BARU : Resipi Puding Ocean Blue Best. Macam Obor-Obor Cantik Dia

Tips penting untuk anda hasilkan resipi popia sira sambal yang sedap ialah :

1- Anda boleh ubah berdasarkan rasa selera masing-masing . Untuk kali ini, anda gunakan taugeh , sengkuang , carrot , bawang besar yang dipotong dadu .

Rahsia popia sira sambal rangup adalah anda perlu cuci bersih dan toskan sekurang-kurangnya 2 jam untuk pastikan inti  betul – betul kering. Barulah kerangupan popia bertahan walau keesokkan hari dan tidak mudah basi.

Anda boleh juga gunakan tisu dapur untuk menyerap lebihan air dalam bahan yang ditoskan tadi.

2- Cara goreng pula, gunakan minyak yang banyak dan panaskan dengan api sederhana sehingga betul-betul panas dan masukkan popia . Goreng sehingga inti dalam masak . Ini bermakna , pastikan popia anda betul-betul garing baru diangkat. Sebab itu guna api sederhana besar , untuk elakkan cepat hangus.

Terima kasih  kepada Puan Hazirah Zaihan di atas sumbangan resipi popia sira sambal dan kami tambahkan tips supaya anda boleh hasilkan popia terbaik.

Buat sendiri resipi popia sira sambal baru puas hati makan kan. Dengan isi yang penuh dengan inti sedap, sos yang pekat manis serta tak lembik.

Bahan Resipi Popia Sira Sambal Sedap :

Bahan Kulit :

  • Kulit popia saiz medium

Bahan Inti : 

  • 1 biji sengkuang saiz sederhana disagat
  • 2 lobak merah saiz sederhana disagat
  • 1 genggam taugeh
  • 2 sudu makan udang geragau
  • 5 ulas bawang putih dikisar

Bahan Sambal :

  • 5 ulas bawang putih dikisar
  • 5 sudu makan cili kisar
  • 1 sudu makan bijan sangai
  • 5-7 sudu makan gula ( bergantung pada manis anda suka )
  • 2 sudu makan sos cili

Bahan Lain :

  • Bawang Goreng

Cara Buat Resipi Popia Sira Sambal Mudah :

#1: Panas kan 2 sudu makan minyak masak dan tumis udang geragau sebentar lepastu tumis lagi bawang putih yang dah dikisar. Dah wangi boleh letak sengkuang dan lobak merah. Perasakan garam gula secubit.Goreng sekejap bagi sekata dan tutup api. Tos kan bagi kluar minyak dan air lagi dengan cara perah menggunakan tisu dapur. Ketepikan seketika

Buat sendiri resipi popia sira sambal baru puas hati makan kan. Dengan isi yang penuh dengan inti sedap, sos yang pekat manis serta tak lembik.

#2: Untuk sambal popia,tumiskan bawang putih sampai wangi masukkan cili kisar . Tumis sampai naik minyak dan barulah masukkan sos cili dan serbuk perasa(jgn masukkan air).

Kacau rata  masukkan gula. Tumis sampai berbuih dan barulah letak bijan dan kacau. Tutup api dan biarkan sejuk 

Bila inti tadi dah sejuk boleh la balut dgn kulit popia. Letak inti dalam 1 1/2 sudu makan.

Goreng dengan minyak banyak yang dipanaskan dengan api sederhana. Goreng sehingga nampak rangup garing sedikit. Siap goreng.Sejukkan sebentar.

Sebelum menyira , pastikan popia anda extra garing tetapi bukan hangit ya . Masukkan sos di atas dulang , dan ambil popia , golekkan . Selepas itu susun dan anda akan perolehi popia sira sambal yang betul-betul rangup . Boleh ditabur dengan bijan sangai , kacang tumbuk atau bawang goreng atau ikut suka.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom

Buat sendiri resipi popia sira sambal baru puas hati makan kan. Dengan isi yang penuh dengan inti sedap, sos yang pekat manis serta tak lembik.