Resipi Puding Jagung Sukatan Tepat Best Oleh Mr Ali

864
Resipi puding jagung  berbanding puding biasa.Dengan rasa lemak manis jagung manis yang dikisar dan rasa lemak susu ,ianya gandingan yang cukup mengasyikkan

Resipi puding jagung  berbanding puding biasa.Dengan rasa lemak manis jagung manis yang dikisar dan rasa lemak susu ,ianya gandingan yang cukup mengasyikkan untuk dinikmati.

Lebih sedap lagi bila puding jagung manis ini diletakkan di dalam peti dan dimakan sejuk.Kami lebih suka menggunakan jagung dalam tin jenama Ayam Brand.Rasa jagungnya memang sesuai dengan selera.

Terima kasih kepada Mr Ali di atas sumbangan resipi puding jagung creamy yang cukup rasa lemak ini.

BACA DI LINK BARU : Sedapnya Resepi Puding Koktail Buah-Buahan Dan Campuran Susu

Tips untuk dapatkan resipi puding jagung kastard yang licin dan menawan adalah :

Resipi puding jagung  berbanding puding biasa.Dengan rasa lemak manis jagung manis yang dikisar dan rasa lemak susu ,ianya gandingan yang cukup mengasyikkan

1- Semasa memasak adunan, gunakan api kecil sahaja dan sentiasa kacau adunan untuk elakkan berketul-ketul.Jangan guna api besar nanti hangit pada lapisan bawah puding.

2- Cara untuk pastikan adunan puding  ini telah masak,bila buih kecil terbentuk dan bila anda kaup balik bancuhan puding, ianya jatuh lambat seperti berketul pada permukaan senduk.Tapi jika jatuh laju dan seperti bertali, adunan puding anda masih belum masak.

Bahan Resepi Puding Jagung Santan :

  • 4 cawan air
  • 1 tin susu cair
  • 10 gram serbuk agar-agar
  • 180 gram gula
  • 3 sudu makan tepung custard
  • 2 sudu makan kordial jagung
  • 1 tin jagung manis creamy
  • 1 tin jagung manis ( optional)
  • satu sudu teh garam

Resipi puding jagung  berbanding puding biasa.Dengan rasa lemak manis jagung manis yang dikisar dan rasa lemak susu ,ianya gandingan yang cukup mengasyikkan

Cara Buat Resepi Puding Jagung Susu : 

#1: Dalam satu bekas, masukkan semua bahan dan kacau sebati dahulu.Barulah dimasukkan ke dalam periuk dan dipanaskan dengan api kecil sahaja.Sentiasa kacau 2-3 minit untuk elakkan lapisan puding berketul.

#2: Untuk sukatan di atas, biasanya masa memasak memakan masa hampir 30 minit. Ingat kacau sentiasa untuk lapisan puding jagung yang licin ya.Bila dah mendidih masak,tutup api dan terus tuang ke dalam loyang.Jangan tunggu sejuk nanti tak cantik.

#3: Ratakan dan tekan sedikit permukaan puding di dalam loyang.Sejukkan hampir 4 jam dan boleh dipotong.Untuk lagi sedap, masukkan dalam peti sejuk.Resepi puding jagung ini mmg lembut jadi kena handle hati2 tau sikit.

Anda boleh alas loyang dengan plastik sebelum adunan puding jagung dimasukkan untuk elakkan melekat.Untuk potong puding pula,gunakan pisau plastik yang telah disapu sedikit minyak masak.Tips ini akan hasilkan potongan puding yang cantik dan kemas.

Resipi puding jagung  berbanding puding biasa.Dengan rasa lemak manis jagung manis yang dikisar dan rasa lemak susu ,ianya gandingan yang cukup mengasyikkan

Semua dah lengkap, boleh la anda mencuba resepi puding jagung kastard ini di rumah ya.Selamat mencuba.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom