Resipi Puding Karamel Kastard Best. Tanpa Telur Dan Tanpa Kukus

2496
Antara puding yang menjadi fav ramai ialah resipi puding karamel kastard gula hangus. Kali ini ianya tidak menggunakan telur. Mudah sangat

Antara puding yang menjadi fav ramai ialah resipi puding karamel kastard gula hangus. Puding ini dibuat menggunakan 2 cara sama ada menggunakan telur dan juga tanpa telur . Bagi mereka yang berpantang , boleh cuba menggunakan cara tanpa telur seperti post ini. Memang berbaloi.

Antara kelainan resipi puding karamel kastard kali ini ialah anda tak perlu kukus. Hanya gunakan agar-agar jenis tali.Memang sangat jimat dan berbaloi untuk dicuba.

BACA DI LINK BARU : Resipi Kek Batik Best Lembut Dengan Tips Cantikkan Permukaan

Terima kasih kepada Puan Hazila Baharudin di atas sumbangan resipi puding karamel ini. Semoga murah sentiasa rezeki puan.

Antara puding yang menjadi fav ramai ialah resipi puding karamel kastard gula hangus. Kali ini ianya tidak menggunakan telur. Mudah sangat

Bahan Resipi Puding Karamel Kastard :

Bahan gula hangus:
  • 3/4 cawan gula ( hampir penuh)
  • 1 cawan air panas

Cara Penyediaan:

  • Masukkan gula dalam kuali dan masak atas api sederhana sehingga gula cair keperangan (sentiasa kacau)Bila gula dah agak perang, tutup api dan tuangkan air panas perlahan-lahan.
  • Buka api dan masak lagi hingga gula larut. Padamkan api dan sejukkan seketika.Masukkan 1 sudu makan gula hangus ke dalam bekas dadih.Biarkan dan boleh sediakan bahan puding.Antara puding yang menjadi fav ramai ialah resipi puding karamel kastard gula hangus. Kali ini ianya tidak menggunakan telur. Mudah sangat

Cara Penyediaan Resipi Puding Karamel Kastard :

Bahan puding:
  • 1 Paket agar-agar tali 20g
  • 4 cawan air (dalam 750-800ml air)
  • 3 sudu makan tepung kastard
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 tin susu pekat manis (sy kurangkan sebab suka kurang manis)
  • 1 sudu teh esen vanilla

Cara penyediaan:

#1: Didihkan air terlebih dahulu dan baru masukkan agar-agar tali. Anda juga boleh rendam terlebih dahulu agar-agar tali dalam 1 jam dalam sukatan air yang sama. Baru panaskan. Bila dah hancur sebati agar-agar tali,satukan semua bahan lain dan masak hingga sebati. Tapiskan kebekas lain.

Antara puding yang menjadi fav ramai ialah resipi puding karamel kastard gula hangus. Kali ini ianya tidak menggunakan telur. Mudah sangat

#2: Sendukkan kedalam bekas dadih tadi.biarkan sejuk . Tutup bekas.Masukkan ke dalam peti sejuk. Bila sudah keras dan sejuk, bolehlah menikmatinya.

Sukatan resipi di atas akan anda dapat dalam 18-20 bekas dadih kecil.Silakan mencuba ya

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom