Resipi Puding Kastard Berkuah Koktail Best Sangat Sedap

11090
Untuk anda,kami berikan resipi puding kastard dengan isi koktail dan berkuah yang sedap dimakan sejuk-sejuk. Sedapnya kan.Buat pun senang puding ni.

Untuk anda,kami berikan resipi puding kastard dengan isi koktail dan berkuah yang sedap dimakan sejuk-sejuk. Keluarkan dari peti,tuang kuah koktail ke atas puding dan nikmatilah sampai ianya habis.

Secara gambaran keseluruhan, di dalam satu bekas, lapisan bawah ialah puding kastard dan diletakkan buah-buahan koktail. Selepas itu disejukkan dan bila hendak dimakan, akan dituang kuah koktial dengan campuran bahan lain ke atasnya.

Salah satu tips untuk resipi puding kastard ini adalah cara untuk sediakan tepung kastard menjadi cantik dan elakkan daripada menjadi berketul adalah dengan cara :

Sebelum masak di atas dapur,kacau tepung kastard dengan bahan cecair yang terdapat dalam satu-satu resepi tu.Kalau dalam resipi ini, ialah air dan susu cair.Kacau dulu bersama tepung supaya tidak berketul dan barulah masak di atas api kecil dan kacau sentiasa sehinggalah kelihatan buih-buih mendidih yang sedikit meletup.

BACA DI LINK BARU : Resepi Murtabak Best Guna Kulit Popia Pengganti Rasa Mengidam

Itu tanda tepung kastard anda sudah masak dan boleh ke langkah seterusnya.

Terima kasih kepada Puan Noor Khadijah kerana sudi berkongsi resipi puding kastard koktail ini pada kami semua. Difahamkan ianya adalah resepi untuk berniaga. Semoga murah rezeki sentiasa puan.

Bahan Resipi Puding Kastard Koktail :

  • 1 cawan tepung kastard
  • 5 cawan air
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 cawan gula
  • 1 sudu teh garam

Anda boleh gunakan cawan penyukat metrik untuk dapatkan sukatan yang tepat.Gunakan cawan 250ml

Untuk anda,kami berikan resipi puding kastard dengan isi koktail dan berkuah yang sedap dimakan sejuk-sejuk. Sedapnya kan.Buat pun senang puding ni.

Cara Buat Resipi Puding Kastard :

#1: Di dalam kuali, masukkan tepung kastard bersama bahan lain. Kacau dulu sehingga sebati dan barulah diletakkan di atas api dan buka api kecil.

Kacau bahan-bahan sehingga likat dan pekat.Masa yang diambil sekitar 30 minit. Sedikit lama tapi berbaloi disebabkan kita menggunakan api kecil sahaja untuk elakkan puding kastard menjadi hangit dan pahit.

Bila dah likat cantik, terus masukkan ke dalam bekas puding. Tak kisah kuantiti besar ke kecil,asalkan bekas yang anda pilih.Terus masukkan puding panas-panas untuk dapatkan bentuk licin cantik.

Ketepikan seketika dan kita akan sediakan bahan koktail untuk dimakan dengan puding pula.

Bahan Untuk Kuah Koktail :

  • 1 tin air buah koktail ( asingkan isi buah koktail )
  • 1 tin susu cair
  • 4 sudu makan gula
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 2 cawan air masak

Cara Buat :

#1: Masukkan semua bahan ke dalam periuk,kacau sebati dan barulah diletakkan di aats dapur dengan api sederhana.

Kacau hingga mendidih dan sedikit pekat.Sentiasa kacau ya untuk elakkan ianya menjadi pecah minyak. Kalau adunan nampak pekat, tambah sedikit air.

Untuk anda,kami berikan resipi puding kastard dengan isi koktail dan berkuah yang sedap dimakan sejuk-sejuk. Sedapnya kan.Buat pun senang puding ni.

Cara Penyediaan Resipi Puding Kastard Koktail :

#1: Ambil isi buah koktail tadi dan masukkan ke dalam setiap bekas yang mengandungi puding kastard. Siap untuk bahagian puding.

Sos air koktail tadi dibungkus dalam bekas yang lain.Boleh guna bekas dadih.

Bila nak makan barulah dicampurkan keduanya sekali.Sedap dimakan sejuk-sejuk puding kastard berkuah koktail ini.Selamat mencuba.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom

Untuk anda,kami berikan resipi puding kastard dengan isi koktail dan berkuah yang sedap dimakan sejuk-sejuk. Sedapnya kan.Buat pun senang puding ni.