Resipi Puding Ocean Blue Best. Macam Obor-Obor Cantik Dia

23954
Hari ini kami mahu kongsikan resipi puding ocean blue yang sangat cantik dan mudah dibuat sebenarnya. Cantik macam obor-obor berenang kan hasilnya. Sedap

Hari ini kami mahu kongsikan resipi puding ocean blue yang sangat cantik dan mudah dibuat sebenarnya. Anda ikut sahaja tips dan juga bahan resipi puding yang dah ditulis lengkap untuk anda cuba sendiri di rumah.

Nampak macam obor-obor berenang di permukaan laut kan sekali tengok hasil daripada buah laici tu.Sedikit tips untuk anda:

1- Pastikan agar-agar tali sebati/larut betul-betul di dalam air mendidih terlebih dahulu sebelum dimasukkan bahan lain. Ini penting untuk pastikan puding ocean blue yang anda hasilkan beku sekata dan cantik dipandang.

2- Pemilihan loyang. Untuk dapatkan puding yang cantik adalah bergantung juga pada bentuk acuan loyang. Kalau ada loyang berbentuk seperti ini atau motif tumbuhan atau haiwan seperti ikan, maka puding ocean blue yang terhasil sangat cantik daripada biasa.

3- Pemilihan warna. Anda suaikan pemilihan warna mengikut selera tetapi jangan berlebihan . Boleh juga gunakan pewarna natural seperti daun pandan, bunga rosel, blueberry dan sebagainya.

BACA DI LINK BARU :Resipi Kek Butter Gebu Best Hasil Air Tangan Seorang Ibu

Terima kasih kepada Puan Fatimah Ali di atas sumbangan resipi puding roti 3 layer ini. Memang sangat cantik dan nampak menyelerakan betul.

Hari ini kami mahu kongsikan resipi puding ocean blue yang sangat cantik dan mudah dibuat sebenarnya. Cantik macam obor-obor berenang kan hasilnya. Sedap

Bahan Resipi Puding Ocean Blue:

  •  20 gram agar-agar tali
  • 1 tin buah laici – ambil buah sahaja dulu
  • 1 tin susu cair
  • 10 sudu makan gula pasir
  • 1 sudu teh biji selasih
  • 2-3 titik pewarna biru
  • 6 tin air biasa/mineral yang disukat menggunakan tin susu cair tadi
  • 1 cawan air laici yang tadi

Cara Buat Resipi Puding Ocean Blue Mudah :

#1: Rendam biji selasih terlebih dahulu dalam air biasa sekitar 30 minit. Asingkan air laici daripada buah ikut sukatan di atas.

Masukkan air biasa ke dalam periuk dan didihkan. Baru masukkan agar-agar tali yang dibasuh bersih.

Masak hingga agar-agar larut barulah tambah gula dan juga air laici. Kacau sebati. Ambil air sebanyak 6 senduk dan asingkan. Ini untuk kita buat permukaan biru. Titiskan pewarna biru 2-3 titik ke dalam air bahagian ini.

Hari ini kami mahu kongsikan resipi puding ocean blue yang sangat cantik dan mudah dibuat sebenarnya. Cantik macam obor-obor berenang kan hasilnya. Sedap

#2: Basahkan acuan puding yang anda suka dan susun buah laici bagi nampak teratur atau ikut pilihan anda. Curah masuk air yang bewarna biru tadi dan biarkan suam.Masukkan dalam peti sekitar 10 minit.

Dalam periuk, masukkan susu cair ke dalam baki agar-agar putih .Larutkan dengan guna api kecil.

Bila bahagian biru puding dah beku, keluarkan dari peti dan cakarkan lapisan dengan garpu.Tujuannya supaya lapisan putih nanti akan melekat cantik elok. Tambah lapisan putih bersama biji selasih dan letak dalam peti sekitar 4 jam minima atau semalaman.

Hari ini kami mahu kongsikan resipi puding ocean blue yang sangat cantik dan mudah dibuat sebenarnya. Cantik macam obor-obor berenang kan hasilnya. Sedap

Barulah dipotong dan siap dah resipi puding blue ocean anda. Mudah dan menarik kan.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom