Resipi Puding Roti 3 Lapisan Best Yang Sangat Sedap Dan Mudah Dibuat

73718
Berbaloi buat resipi puding roti 3 layer yang cantik ni. Mudah dibuat dan gunakan bekas acuan yang menarik. Terus hasil puding roti dia woww sangat. Jom cuba

Hari ini kami mahu kongsikan resipi puding roti 3 lapis yang sangat cantik dan mudah dibuat sebenarnya. Anda ikut sahaja tips dan juga bahan resipi puding yang dah ditulis lengkap untuk anda cuba sendiri di rumah.

Memang bermanfaat resipi puding roti ni. Yerlah,kalau ada roti yang dah nak tamat tempoh, baik kita buat puding roti. Daripada membazir buang ke tong sampah kan. Yang bestnya, bila buat puding camni, laju je habis. Heee.

Sedikit tips untuk bantu anda cantikkan resipi puding roti :

1- Pastikan serbuk agar-agar sebati/larut betul-betul di dalam air mendidih terlebih dahulu sebelum dimasukkan bahan lain. Ini penting untuk pastikan puding roti anda hasilkan lapisan puding yang beku sekata dan cantik dipandang.

2- Pemilihan loyang. Untuk dapatkan puding yang cantik adalah bergantung juga pada bentuk acuan loyang. Kalau ada loyang berbentuk seperti ini atau motif tumbuhan atau haiwan seperti ikan, maka puding roti yang terhasil sangat cantik daripada biasa.

3- Pemilihan warna. Anda suaikan pemilihan warna mengikut selera tetapi jangan berlebihan . Boleh juga gunakan pewarna natural seperti daun pandan, bunga rosel, blueberry dan sebagainya.

BACA DI LINK BARU : Resipi Kek Butter Gebu Best Hasil Air Tangan Seorang Ibu

Terima kasih kepada opah Puan Mas Cotek di atas sumbangan resipi puding roti 3 layer ini. Memang sangat cantik dan nampak menyelerakan betul.

Berbaloi buat resipi puding roti 3 layer yang cantik ni. Mudah dibuat dan gunakan bekas acuan yang menarik. Terus hasil puding roti dia woww sangat. Jom cuba

Bahan Resipi Puding Roti 3 Lapisan :

Bahan A : 

  • 1 bungkus serbuk agar-ahar seberat 10 gram
  • 4 cawan air
  • 1/2 cawan gula

Bahan B :

  • 5 keping roti
  • 1 tin susu cair
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • 2 sudu makan butter/margerin
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 2 biji telur

Pewarna pilihan . Kali ini gunakan pewarna hijau, kuning dan juga 2 sudu makan serbuk coklat.

Cara Buat Resipi Puding Roti Mudah :

#1: Panaskan air hingga mendidih dah barulah masukkan serbuk agar-agar. Kacau sebati hingga larut dan tambah masuk gula. Sementara tunggu serbuk agar-agar larut tadi, boleh la masukkan semua Bahan B ke dalam bekas pengisar dna kisar hingga semuanya menjadi halus.

Bila Bahan A tadi dah larut , masukkan pula kisaran Bahan B dan kacau hingga mendidih dengan menggunakan api sederhana kecil. Kacau hingga puding dah mulai memekat. Tutup api dan bahagikan kepada 3 adunan.

#2: Tambah masuk pewarna pilihan dan juga serbuk coklat ke setiap bahagian adunan puding roti.

Tuang lapisan pertama iaitu yang mengandungi serbuk coklat ke loyang 8×8 dan bairkan mengeras sekitar 10-15 minit. Cakar manja lapisan ini sebelum masukkan lapisan kedua dan ulangi langkah sama untuk lapisan ketiga.

Jika bahagian adunan yang tidak digunakan memebeku sementara menunggu lapisan untuk membeku, jangan risau. Anda panaskan semula sekejap dan tuang.

Berbaloi buat resipi puding roti 3 layer yang cantik ni. Mudah dibuat dan gunakan bekas acuan yang menarik. Terus hasil puding roti dia woww sangat. Jom cuba

Bila dah siap tuang semua, biarkan sejuk dan barulah masukkan dalam peti sekitar 2-3 jam.

Potong dengan cantik dan puding roti siap dimakan.

Dah siap lengkap dah resipi puding roti 3 lapis ni. Selamat mencuba.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom