Resipi Puding Roti 3 Layer Peloless Habis. Tips Best Kami Sediakan.

21931
Kami berikan resipi puding roti 3 layer yang berkilat cantik sangat. Nak tahu macam mana buat, kena baca tips best yang telah kami tulis khas untuk anda.Sedapp

Hari ini kami kongsikan resipi puding roti 3 layer untuk anda sendiri cuba. Merelipppp sungguh. Kalau ada roti yang dah nak tamat tarikh luput, baik buat puding ni. Sekejap je kami rasa licin. Tambah-tambah bila dah diletakkan dalam peti. Dengan rasa yang sejuk dan sedap, aishh tak tahan.

Camna nak dapatkan resipi puding roti yang berkilat cantik seperti ini ?

Pertamanya anda kena gunakan agar-agar tali. Pastikan didihkan air sampai betul mendidih dan hanya masukkan agar-agar tali serta kacau hingga ianya hancur sebati.Jangan tambah bahan lain selagi ianya tidak cair.

Keduanya, jangan lupa kisar lumat roti bersama bahan lain. Hanya gunakan bahagian roti yang bewarna putih dan dibuang bahagian tepi sebelum anda kisar lumat.

Ketiga untuk pastikan setiap lapisan puding roti melekat cantik bersama yang lain, sebelum anda tuang lapisan baru ke atasnya, cakar sedikit permukaan lapisan sebelum dan barulah tuang.

BACA DI LINK BARU : Resipi Kek Coklat Kukus Gebu Best. Memang Sangat Lembab.

Keempat, adalah penggunaan bahan rahsia di dalam puding roti untuk tambahkan kilatan puding. Nak tahu apa bahannya ?

Bahan tersebut ialah 1 sudu makan mentega/unsalt butter. Ya. Ini lah yang jadikan merelippp habis puding anda. Yeay.

Jangan tuang adunan resipi puding direct untuk elakkan berlubang bocor,tapi tuanglah melalui senduk kayu. Barulah selamat.

Kami berikan resipi puding roti 3 layer yang berkilat cantik sangat. Nak tahu macam mana buat, kena baca tips best yang telah kami tulis khas untuk anda.Sedapp

Terima kasih kepada Puan Suraya Md Don di atas sumbangan resipi puding roti 3 layer yang sangat menarik ni, Berkilat habis. Boleh la kita semua mencubanya nanti kan.

Jom kita tengok puding roti 3 layer best ini.

Bahan Resipi Puding Roti 3 Layer Best :

Bahan A : 

  • 1 paket agar-agar tali anggaran 20 gram
  • 7 cawan air
  • 1 cawan gula

Bahan B : 

  • 4 keping roti putih dibuang kulit tepi
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 cwn susu pekat
  • 1 sk esen vanila

Bahan C : 

  • 1 sudu makan mentega/butter/unsalt butter

Cara Buat Resipi Puding Roti 3 Layer :

#1: Mula-mula sediakan Bahan A dengan cara didihkan air.Bila dah mendidih masukkan agar-agar tali dan kacau hingga jernih. Bila dah sebati barulah tambahkan gula. Ketepikan seketika bila dah masak.

Sediakan Bahan B. Masukkan semua bahan ke dalam bekas pengisar makanan dan kisar lumat semuanya. Jangan ditapis nanti hilang rasa roti. Hanya kisar lumat.

#2: Barulah adunan yang telah lumat dimasukkan semula dalam periuk yang mengandungi Bahan A dan tambahkan Bahan C iaitu 1 sudu makan mentega/unsalt butter itu tadi.

Didihkan adunan dan bila dah timbul buih, tutup api. Bahagikan adunan puding roti kepada 3 bahagian utama. Dan masukkan perasa serta pewarna pilihan yang anda suka.

Kami berikan resipi puding roti 3 layer yang berkilat cantik sangat. Nak tahu macam mana buat, kena baca tips best yang telah kami tulis khas untuk anda.Sedapp

#3: Dalam acuan pilihan, tuang lapisan pertama puding roti dan masukkan dalam peti supaya cepat membeku bila dah suam dalam anggaran 10 minit, barulah cakar manja dan masukkan adunan lapisan seterusnya.

Dah siap semua, biarkan sejuk dalam 2 jam minima.Dah boleh potong dan makan dah puding roti anda. Lengkap kan. Selamat mencuba resipi puding mudah dan sedap ini.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom