Resipi Puding Roti Kastard Best Tetapi Mudah Sahaja Dibuat

61244
Sedapnya nampak resipi puding roti kastard ni kan. Boleh cuba buat ni. Lengkap dengan tips untuk dapatkan permukaan licin dan rasa puding roti yang sedap

Hari ini kami kongsikan resipi puding roti kastard. Dah macam-macam resipi puding roti kami kongsikan untuk anda kan. Yerlah , dapat elakkan daripada roti dibuang sahaja apabila tidak habis. Sebab tiada bahan pengawet dan roti dibuat segar, sebab itulah tempoh kesegaran dia terhad.

Tapi tiada masalah, bila dah tak habis dan nak dekat tarikh luput, terus cari pelbagai resepi roti di laman web kami ni dan buat kan. Ada puding roti biasa, ada puding roti marble dan terkini, puding roti kastard. Menarik sungguh

Sedikit tips untuk resipi puding roti kastard ;

1- Kacau dulu tepung kastard dengan air sebelum masukkan dalam periuk. Ini untuk elakkan tepung kastard berketul-berketul. Ambil sedikit air dari dalam periuk dan masukkan dalam tepung.

2- Untuk mudahkan puding roti dikeluarkan, anda boleh lapik plastik tahan panas di dalam loyang atau gunakan baking paper. Senang untuk tarik keluar puding.

BACA DI LINK BARU : Resipi Kek Marble Pelangi Yang Mudah Tapi Rasa Best. Lembut

3- Pastikan penutup pengukus ditutup dengan kain tuala untuk elakkan air menitik ke atas permukaan kastard. Kukus dengan api sederhana sahaja selepas air mendidih untuk elakkan dari terjadinya ombak di permukaan.

Terima kasih kepada Puan Fauziah Yahya kerana sudi berkongsi resipi puding roti kastard kepada kami semua. Semoga Puan dimurahkan rezeki.

Sedapnya nampak resipi puding roti kastard ni kan. Boleh cuba buat ni. Lengkap dengan tips untuk dapatkan permukaan licin dan rasa puding roti yang sedap

Bahan Resipi Puding Roti Kastard Sedap :

Lapisan Bawah :

  • 11 keping roti butterscotch/putih
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 tin susu cair
  • 3 biji telur ayam gred B
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 2 sudu makan kismis
  • 2 sudu makan butter cair ( dipanaskan butter )

Cara Penyediaan Lapisan Bawah Puding Roti : 

#1: Dalam bekas pengisar makanan ( blender ) , tambah masuk susu cair, susu pekat,esen vanilla, butter cair , telur. Kisarkan hingga halus dan berbuih. Ketepikan

Dalam loyang saiz 8 dan ketas yang telah dialas dengan plastik/baking paper,koyakkan 5 1/2 keping roti dan susun dalam loyang.

#2: Tambahkan separuh adunan yang telah dikisar dan taburkan 1 sudu makan kismis tadi. Barulah ulang dengan lapisan kedua mengikut cara yang sama. Sambil tu panaskan pengukus.

Kukus selama 35 minit dan bila masak, sejukan dan masukkan dalam peti sekurang-kurangnya 2 jam.

Selepas daripada 2 jam baru kita akan buat lapisan atas pula.

Bahan Lapisan Kastard Atas : 

  • 2 cawan air
  • 2 1/2 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan tepung kastard +1/2 cawan air
  • 1 cawan gula
  • 10 gram serbuk agar-agar
  • 1/2 sudu teh garam

Cara Buat Lapisan Atas Resipi Puding Kastard :

#1: Panaskan 2 cawan air hingga mendidh dan barulah masukkan  serbuk agar-agar. Masak dan kacau hingga larut. Barulah ditambahkan gula,santan dan garam. Kacau sebati.

Sambil tu masukkan tepung kastard yang telah dilarutkan dengan 1/2 cawan air tadi.

Sedapnya nampak resipi puding roti kastard ni kan. Boleh cuba buat ni. Lengkap dengan tips untuk dapatkan permukaan licin dan rasa puding roti yang sedap

Kacau adunan hingga menjadi pekat dengan api sederhana kecil.Dah nampak pekat, tutup api.

Tuang larutan tepung kastard ke atas permukaan puding roti dan sejukkan. Bila dah sejuk, barulah masukkan ke dalam peti sekurang-kurangnya 3 jam.

Dah boleh keluarkan dan potong dah puding roti kastard anda.Lengkap kan. Selamat mencuba resipi puding roti kastard ini.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom