Resipi Sambal Ayam Penyet Ngosek.Best Piawww Sedap Rasanya

39805
Memang lain macam kick resipi sambal ayam penyet kali ni. Pekat sedap puas hati. nak cicah ayam goreng ke kambing ke semua boleh. Lengkap tips dan resepinya.

Kami mahu berikan anda resipi sambal ayam penyet ngosek dari sentuhan istimewa Cikgu Afy. Perkataan ngosek itu ialah berasal dari mengusik yang membawa masuk kepada berhantu. Jadi sambal ayam penyet ni maksudnya sekali anda buat, terus nak makan lagi.Berhantuu.

Walaupun nampak sangat sedap ,tapi sebenarnya sangat senang untuk sediakan resipi sambal ayam penyet ini dengan tips yang bakal kami berikan.

Barulah sedap cicah ayam goreng rangup dalam sambal dan dihidangkan dengan kuah sup pula. Walaupun asalnya dari Indonesia, nasi ayam penyet dah divariasi sesuai dengan rasa tekak sesuatu tempat.

Jadi pilih yang mana anda mahu dan buat ikut tekak.Tapi 2 benda paling penting ialah mestilah sambal ayam penyet nya dan rasa rempah ayam goreng penyet.

Kalau rasa unik yang melambangkan identiti nasi ayam penyet tidak dapat ditonjolkan atau kurang pada dua bahan ini, boleh dianggap gagal hidangan nasi ayam penyet tu.

Jadi penting untuk kita hasilkan bebetul dua bahan utama ni dan atas sebab itulah kami berikan lagi anda dua versi resepi sambal ayam penyet pilihan untuk anda tambah koleksi menu pilihan sambal.

BACA DI LINK BARU : Resepi Sambal Ayam Penyet 2 Versi Menggiurkan.Sedap Amat Yang Tumbuk

Tips yang bakal merubah rasa sambal ayam penyet menjadi lebih sedap ialah :

1 –  Anda goreng bahan yang ditulis secara berasingan. Goreng cili dulu, lepas tu angkat dan tos, barulah sambung dengan bahan lain. Akhir sekali goreng ikan bilis. Ingat, goreng guna api kecil sahaja supaya tidak hangit. Yang diperlukan ialah rasa garing bukan hangit.

2 –  Jangan kedekut untuk menumis menggunakan minyak yang banyak. Nanti di akhir proses masak, anda boleh siring/keluarkan minyak balik. Tujuan minyak banyak digunakan ialah supaya sambal dapat ditumis dimasak dengan sempurna secara sekata.

Terima kasih kepada Puan Afy Al Habibi yang sudi berkongsi resepi sambal penyet sedap ini pada kita semua. Semoga murah rezeki puan.

Memang lain macam kick resipi sambal ayam penyet kali ni. Pekat sedap puas hati. nak cicah ayam goreng ke kambing ke semua boleh. Lengkap tips dan resepinya.

Bahan Resipi Ayam Penyet Sedap :

  • 20 batang cili merah besar
  • 1 genggam cili burung Thai merah + hijau ( kalau tak suka pedas, buat separuh genggam sahaja )
  • 1/4 biji bawang holland/besar saiz besar
  • 2 biji bawang merah saiz bola pingpong
  • 4 ulas bawang putih saiz sederhana
  • 2 biji tomato kecil
  • 1 1/2 genggam ikan bilis
  • 1 sudu teh udang kering
  • 1 sudu teh belacan

Bahan Perasa :

  • Gula garam serbuk perasa jika perlu dan mengikut selera anda sahaja. Kalau tak suka tak perlu letak.

Memang lain macam kick resipi sambal ayam penyet kali ni. Pekat sedap puas hati. nak cicah ayam goreng ke kambing ke semua boleh. Lengkap tips dan resepinya.

Cara Buat Resipi Sambal Ayam Penyet Istimewa :

#1: Potong semua bahan yang perlu dan basuh. Toskan atau lap dengan tisu dapur supaya kering. Panaskan minyak dalam kuali dan boleh mula menggoreng semua bahan secara berasingan hingga layu. Akhir sekali ialah ikan bilis digoreng garing.

Ambil segenggam ikan bilis dan ketepikan. Masukkan semua bahan dalam pengisar dan tambah sedikti sahaja air untuk lumatkan semua bahan.Kisar 90% hancur sahaja. Baru sedap kan.

#2: Menggunakan baki minyak yang sama, panaskan balik dan barulah tambah masuk bahan kisar. Kalau minyak anda rasa sedikit,tambahkan.
Tumis bahan kisar hingga pecah minyak berulang kali menggunakan api kecil sahaja. Jangan lupa kacau sesekali untuk elak hangit. Baru tambah masuk baki ikan bilis goreng.
Tambah gula ,garam dan serbuk perasa jika perlu. Untuk dapatkan sambal ayam penyet merah gelap, anda gunakan gula perang. Barulah cantik sambalnya.
Bila dah sebati semua, bolehlah anda keluarkan lebihan minyak mengikut kuantiti yang dimahukan. Boleh guna senduk,sudu ataupun anda lalukan tisu dapur ke atas permukaan minyak Buat berulang kali.
Dah pun siap resipi sambal ayam penyet terbaik. Boleh la goreng ayam dan makan. Sedapnya kan. Selamat mencuba.
Memang lain macam kick resipi sambal ayam penyet kali ni. Pekat sedap puas hati. nak cicah ayam goreng ke kambing ke semua boleh. Lengkap tips dan resepinya.
Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom