Roti Cheese Goreng Meleleh

24050
Kami sediakan khas untuk anda roti cheese goreng yang pastinya meleleh dan mudah disediakan. Anak-anak pasti suka dan cara penyediaan sangat mudah. Jom buat
Kami sediakan khas untuk anda roti cheese goreng yang pastinya meleleh dan mudah disediakan. Anak-anak pasti suka dan cara penyediaan sangat mudah. Jom buat

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pengunjung dari dapur . Mesti pernah terfikir kan, apa benda nak dibawa sebagai bekal untuk diri , suami atau anak-anak ke tempat masing-masing yang cepat tetapi sedap kan ? Jom , kami ada idean untuk anda. Apa kata cuba resepi senang, roti cheese goreng yang meleleh apabila masuk ke dalam mulut. Jom kita lihat bahan dan cara penyediaan.

Untuk resepi ni, kami menggunkan keju cheddar. Baca artikel ini untuk anda lebih faham berkenaan jenis-jenis keju : Jenis Keju Yang Sesuai Untuk Pilihan Masakan 

Resepi ini menjadi pilihan disebabkan masa yang diambil cepat dan mudah disediakan. Kami sediakan bahan-bahan untuk 4 orang. Anda perlukan 6 keping roti putih apa-apa jenama , minyak untuk menggoreng secukupnya, secubit garam halus , 2 keping meatloaf ayam atau hirisan nugget mengikut pilihan kesukaan anda , 2 biji telur Gred C dan akhir sekali , 3 keping keju cheedar dalam bentuk kepingan .

 

Tekan pada gambar untuk ke halaman Pure Cambogia Extra Slim selepas ini.
Tekan pada gambar untuk ke halaman Pure Cambogia Extra Slim selepas ini.

Ok semua bahan – bahan dah disediakan , jom kita tengok cara penyediaan yang senang ni .

Pertama , 2 biji telur tadi dipukul ke dalam mangkuk. Hanya sebatikan sahaja tak perlu kembang

Kedua , roti dilemperkan menggunkan penggulung atau apa-apa jenis untuk mudah diipat terlebih dahulu. Selepas itu ,roti dan cheese dipotong kepada dua bahagian pada setiap kepingan.  Jadi anda akan dapat dua keping roti = 2 bahagian dan setiap bahagian dimasukkan 1 keping kepingan cheese.

Ketiga , goreng nugget atau meatloaf terlebih dahulu sehingga kekuningan dengan menggunakan kuantiti minyak yang sedikit sahaja.Selepas itu barulah diletakkan di tengah roti bersama-sama dengan kepingan cheese.

Keempat , lipat roti dan celup ke dalam telur tadi. Hanya celup permukaan sahaja untuk mendapatkan isi dalaman yang garing.

Kelima , masukkan dan panaskan minyak menggunakan api sederhana , goreng sehingga kekuningan dan angkat, serta toskan . Siap dah roti goreng meleleh dengan cheese ni . Senang je kan.

Untuk resepi lain menggunakan cheese, akak boleh lihat artiikel resepi ini :

Tart Nenas Bertopping Keju Gebu
Kek Keju Jepun
Cheesecake Biskut Layer Tak Perlu Dibakar
Step By Step Buat Cheesecake

Jangan lupa berkongsi gambar  hasil resepi yang akak buat  di inbox  Facebook Pages Kami : Resepi Kek & Puding 

Untuk resepi lain yang menarik dan lengkap, akak boleh KLIK TAG di bawah post ini atau terus ke Kategori Resepi kami ye . Jika akak mahu cara yang senang, terus SEARCH resepi akak mahu di ruangan yang disediakan ye. Terima kasih kerana mengunjungi laman web kami .

Dipersilakan share kepada kawan-kawan anda dengan cara mudah ini .
Smartphone –  klik button FB di bawah
Laptop – klik button share di sebelah artikel