Bangun dari tidur , perut terasa lapar. Buka tudung saji, wah ada ketulan roti gebu bersama sambal bilis. Sedapnya lahai.Dari sebiji demi sebiji masuk ke dalam mulut , carikkan sangat gebu. Nak kata pau bukan pau , nak sebut roti pun bukan.
Hidangan ini terkenal di kalangan orang cina, namanya mantou. Dikukus dalam kukusan buluh yang menaikkan bau wangi dan dimakan kosong bersama air kopi atau sebagainya. Bahan utama mantou ini berbeza dengan kuih pau yang menggunakan tepung pau tapi mantou roti gebu ini hanya menggunakan tepung gandum sebagai bahan utama.
Kami olah resepi asal roti gebu yang dikukus ini DISINI. Gantikan serbuk koko dengan milo serta masukkan inti coklat ke dalam mantou ini. Tekak melayu kan. Hee. So untuk mendapatkan hasil yang lembut dan menarik, kami sediakan tips yang berguna .Anda perlu baca tau. Jangan tinggal.Nanti roti kukus rasa macam tepung kukus ja. X nak la kan camtu .
Jom kita tengok bahan-bahan untuk menghasilkan lebih kurang 8 ketul roti kukus ni.Oh ya , anda nak isi dengan coklat ke, inti kelapa ke , terpulang.Sebab tekak sendiri kan. Hee
- 235 gram tepung gandum
- 15 gram tepung jagung
- 11 gram yis segera
- 55 gram gula
- 170 ml susu suam – panaskan dan sejukkan seketika
- 1 1/2 sudu makan minyak jagung atau minyak sayuran
- 50 gram milo
- Coklat masak untuk inti – sama ada anda mahu letak inti atau tidak
Cara buat mantou ini anda boleh tengok di dalam video tutorial yang kami dah sediakan di atas ni di samping baca tips yang kami sediakan di bawah ni.Jangan lupa follow kami di You Tube untuk koleksi resepi menarik yang mudah.
- Roti gebu kukus ini boleh diuli menggunakan tangan atau kalau ada pengisar , masukkan je dalam pengisar. Tak kisah yang mana-mana asalkan jadi je kan.Masukkan tepung gandum , gula, tepung jagung dan juga yis segera.Uli sebati semua bahan dan mula tambahkan susu yang suam tadi.Kenapa guna susu suam kan ? Untuk aktifkan yis supaya adunan kita kembang elok.
- Bila dah nampak sebati , tambahkan minyak tadi. Uli lagi sekitar 10-15 minit dan timbang. Bahagi 2 adunan. 1 adunan tutup rapat jangan bagi udara masuk dan biarkan . 1 lagi adunan uli dengan milo. Sampai lah sebati.
- Bentangkan kertas parchment. Hah apa ke benda kertas ni. X boleh ke guna baking paper biasa ? Sebab parchment paper lebih bagus untuk elak dari adunan melekat dan senang ditanggalkan tanpa beri kesan pada adunan.
- Uli nipis adunan kosong tadi tanpa milo , dan selepas tutup balik dengan kertas. Biarkan .Uli adunan milo hingga nipis. Tindih kedua-dua adunan.Biar yang milo duk atas untuk jadikan dia sebelah dalam.
- Gulung dan letakkan inti coklat. Bahagikan kepada 7-8 bahagian.
- Yang ni yang penting.Masukkan semula adunan ke dalam bekas besar, dan tutup dengan plastik wrap. Biarkan sekurang-kurangnya 2 jam supaya adunan mengembang.
- Barulah kukus menggunakan api kecil dengan air dah mendidih dalam pengukus selama 30-35 minit.
Yummmy, memang best la roti kukus mantou coklat ni.Selamat mencuba tau.Jangan lupa follow kami di You Tube untuk koleksi resepi menarik yang mudah.