Roti Sarang Lebah Butterscotch Uli Hanya Dengan Tangan

20376
Lembutnya roti sarang lebah butterscotch ini bila buat dengan resepi lengkap dan mudah difahami. Khas untuk akak yang sukakan roti sarang lebah yang lembut
Lembutnya roti sarang lebah butterscotch ini bila buat dengan resepi lengkap dan mudah difahami. Khas untuk akak yang sukakan roti sarang lebah yang lembut

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga dari dapur . com yang menjadikan web kami tempat rujukan. Sekarang popular dengan roti sarang lebah kan , di mana-mana ada jual, tapi yang tak best , ada sesetengah yang rotinya keras , sos butterscotch likat. So jom kita buat sendiri resepi roti sarang lebah butterscotch

Untuk hasil yang betul – betul gebu dan sangat lembut, kami sarankan akak baca dulu artikel ini .
7 Tips Dari Pakar Untuk Hasilkan Kek & Biskut Yang Lazat

Dalam panduan resepi ini , kami bahagikan dan jelaskan secara ringkas dan terlengkap beserta tips untuk akak ikut dan berpuas hati dengan hasil rasa serta kesedapan sebenar roti sarang lebah. Bahagian 1 adalah Roti Sarang Lebah dan Bahagian 2 pula adalah Sos Karamel.

Bahan dan Cara Penyediaan Roti Sarang Lebah

Tips – Sukat dengan betul dan tepat setiap yang dinyatakan dan guna cawan/sudu yang sama jika ada dalam resepi.

  • 1 sudu  teh serbuk penaik atau baking powder
  • 1 biji telur Gred A
  • 2 sudu besar yogurt putih / yogurt kosong
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 2 sudu besar madu
  • 6 gram yis serbuk
  • 40 gram gula biasa
  • 40 gram butter
  • 200 gram tepung gandum
  • 250 ml susu segar kotak .
  • 300 gram tepung high protein

Ini sahaja bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat 15-20 biji roti sarang lebah bergantung kepada saiz akak mahukan. Oleh sebab kami yakin akak tidak mempunya bread maker , kali ini kami fokuskan cara buat roti lembut ini menggunakan tangan .

Tips – Bread maker memudahkan kerja dan roti lebih gebu serta lembut dari ulian tangan 

#1: sediakan satu bekas besar untuk akak menguli . Masukkan semua bahan sekaligus ke dalam bekas tersebut dan akak uli menggunakan tangan sehingga semuanya sebati dan tiada lagi doh melekat pada jari jemari akak. Itu penanda aras doh akak telah siap diuli. Doh roti yang telah siap dimasukkan ke dalam plastik bersih dan urut lagi doh sekitar 10 -12 minit . Keluarkan doh roti dari plastik dan uli lagi 10-15 minit untuk mendapatkan doh yang betul-getul gebu serta lembut dan kenyal.

#2: Tutup permukaan doh yang telah siap dengan kain bersih atau untuk mudah, gunakan sahaja plastic wrap  dan bairkan doh 6 minit untuk jadikan doh akak 2 kali ganda saiz dari asal tadi.

Tips – letak doh di dalam almari atau suhu yang sedikit tinggi dari suhu bilik untuk hasil yang awesome.

#3: Selepas 60 minit berlalu , akak buka penutup dan tumbuk permukaan doh untuk pastikan angin yang terkandung keluar dari adunan doh. Ambil penimbang dan akak timbang doh seberat 40 gram setiap satu tompok. Gentelkan dan bulat-bulatkan doh , susun dalam loyang yang telah dilengserkan dengan butter .Apabila siap susun, tutup doh dengan kain di atas permukaan doh yang telah disusun dan biarkan lagi diperap 40 minit.

#4: Sambil tunggu doh diperap, akak sediakan glis telur . Caranya, sebiji telur + satu sudu besar susu segar dan pukul/kocok sekejap. Apabila siap perap, beruskan glis telur pada permukaan doh , taburkan apa akak nak tabur di atas tu seperti badam, bidang, walnut , kismis atau kuaci hijau .Selepas siap tabur, berus sedikit untuk biarkan semua bahan melekat.

#5: Bakar selama 20 minit dengan suhu mencecah 170’C atau sehingga akak boleh nampak permukaan roti akan mulai keperangan. Apabila siap dibakar, berus permukaan roti sarang lebah yang panas dengan mentega untuk bagi ianya berkilat.

Senang je kan resepi ni kan ? Ok siap berkenaan resepi roti , jom kita tengok Bahagian 2 iaitu Butterscotch .

Bahan – Bahan Dan Cara Penyediaan 

Tips – Sukat dengan betul dan tepat setiap yang dinyatakan dan guna cawan/sudu yang sama jika ada dalam resepi.

  • 1/4 sudu teh kecil garam halus
  • 1/2 cawan gula perang
  • 1/2 cawan krim segar/fresh cream
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1 sudu teh kecil esen vanilla
  • 2 sudu besar butter

Cara Penyediaan  Roti Sarang Lebah
#1: Panaskan periuk dengan api kecil , masukkan dan tunggu butter mencair, selepas itu masukkan gula sehingga cair . Gunakan api kecil sepenuhnya

#2: Masukkan pula krim , garam dan esen vanilla dan kacau sehingga semuanya sebati.Jika sos akak sedikit pekat atau likat, tambahkan sedikit susu cair mengikut kesesuaian sedikit demi sedikit sehingga sos butterscoth akak cantik licin sebati lembut.

Selepas itu, tuangkan ke atas roti yang baru masak tadi. Jadi akak sediakan ketika roti sarang lebah . Done dan keluarga akak akan suka menikmati hasil roti sarang lebah tersedap ini.

Jangan lupa suscribe channel You Tube kami untuk koleksi video tutorial kek,biskut,kuih dan masakan menarik yang lengkap. Cuba tengok resepi pilihan lain di bawah,senang kan</>