Assalamualaikum dan salam sejahtera. Siapa suka makan sambal belacan ? Mesti tercari – cari sambal belacan yang menepati selera tekak kan ? Kali ini anda harus cuba resepi Sambal Belacan Terbaik Step by Step yang disediakan oleh kami. Jom tengok.
Bahan – Bahan Sambal Belacan Terbaik Step by Step
10 biji lada besar merah
10 biji lada besar hijau
15-20 biji lada thai merah
6 biji limau kasturi dibuang biji
3 cm panjang x 1 cm tebal belacan ( makin banyak sedappp )
3 sudu makan cuka makan
3 sudu makan udang kering
Setengah biji lemon ( boleh ganti dengan limau nipis )
100 ml air
Garam dan gula
BACA : Resepi Roti Puding Bakar
Cara Membuat Sambal Belacan Terbaik Step by Step

Pertama : bakar belacan sahaja sehingga semua permukaan perang di dalam kuali .
Kedua : Masukkan limau kasturi yang telah dibelah dan masukkan ke dalam kuali. Layukan selama 5-8 minit untuk membuang rasa pahit limau kasturi . Selepas itu barulah dimasukkan semua lada besar , lada thai , udang kering dan layukan pada api sederhana besar selama 3-4 minit untuk buang rasa mentah lada dan limau kasturi . Jangan guna minyak . Gunakan air sahaja hasil bahan yang telah ditos tadi .

Ketiga : dlm blender masukkan air , cuka makan dan bahan – bahan dari kuali. Kisar sehingga 70-80% lumat. Kalau x muat , buat dua kali. Tapi jangan tambah air baru. Guna baki dr kisaran pertama sedikit untuk lancarkan kisaran.
Keempat : bila dh kisar semua , masukkan air perahan lemon , garam dan gula mengikut tekak anda.
Kelima : masukkan dlm balang dan simpan dalam peti.sambal belacan sedap selepas dibiarkan semalaman agar semua rasa sebati dan makin lama ,makin sedap.

BACA : Resepi Agar-agar Kering
Untuk artikel resepi dan artikel tips serta info lain yang menarik dan lengkap, akak boleh KLIK TAG di bawah post ini atau terus ke RUANGAN MENU kami ye . Jika akak mahu cara yang senang, terus SEARCH artikel resepi dan artikel tips serta info lain yang akak mahu di ruangan yang disediakan ye. Terima kasih kerana mengunjungi laman web kami .
Jangan lupa berkongsi gambar hasil resepi yang akak buat di inbox Facebook Pages Kami : Resepi Kek & Puding
Dipersilakan share kepada kawan-kawan anda dengan cara mudah ini .
Smartphone – klik button FB di bawah
Laptop – klik button share di sebelah artikel