Sambal Goreng Jawa Asli Sedap Yang Anda Mesti Cuba

484692
Sedapnya lahai sambal goreng jawa.Sambal ni istimewa bagi masyarakat jawa.Hidang pada hari isitimewa.Resepi sambal goreng jawa dengan nasi ambeng best kan.

Sambal goreng jawa ini boleh dikatakan satu kemestian untuk dihidangkan pada hari istimewa seperti hari raya atau majlis kenduri dan juga majlis tahlil bagi orang yang berdarah Jawa ini.Tambah pula makan dengan nasi ambeng.Memang sesuai sangat kan.

Rasa yang sedap hasil campuran pelbagai bahan jadikan resepi sambal goreng jawa ini mendapat tempat yang tinggi bagi carian resepinya.

Tiada yang salah tiada yang betul bagi versi sambal goreng jawa asli ini. Semuanya asli dan sesuatu versi itu terpulang kepada tempat dan kawasan.Contoh orang berdarah Jawa di Johor mungkin suka kan versi sambal gorengnya yang sedikit basah dimasukkan santan manakala orang berdarah Jawa di Selangor sukakan versi kering.

BACA DI LINK BARU : Resepi Ayam Ungkep Sedap Tetapi Sangat Mudah

Untuk orang biasa tetapi tidak bedarah jawa macam kami ni, mungkin suka letak lebih kicap atau lauk pauk.Jadi yang mana sedap di mulut ,semua boleh kan.hee.

Sedapnya lahai sambal goreng jawa.Sambal ni istimewa bagi masyarakat jawa.Hidang pada hari isitimewa.Resepi sambal goreng jawa dengan nasi ambeng best kan.

Untuk anda yang suka tambah lauk pauk dalam sambal goreng jawa ni, anda boleh guna hati ayam,daging, pedal,ikan bilis ataupun lauk lain.

Manakala sayur yang selalu menjadi pilihan adalah kacang panjang.

Jika anda berhajat makan sambal goreng jawa yang asli, antara benda wajib ada ialah suhun,ubi kentang,tauhu,fucuk dan tempe.Tiada lauk pauk ditambahkan sebab ianya dihidangkan dengan nasi ambeng yang telah ada pelbagai jenis lauk.

Untuk resepi sambal goreng jawa kali ini, terima kasih kami ucapkan kepada Puan Mariana Zainal atas resepinya.

Bahan Sambal Goreng Jawa Sedap :

  • 2 paket tempe (hiris dan goreng garing)
  • 3-4 ketul tauhu (hiris dan goreng garing)
  • 3-4 biji kentang(hiris dan goreng garing)
  • Sedikit hati ayam(hiris dan goreng)x nak letak pun boleh..nak letak isi udang segar pun boleh..goreng jer sekejap..
  • 2 paket suhun ( rendam dlm air sekitar 15-25 minit )
  • 1 keping fucuk ( rendam dlm air sekitar 25-30 minit dan dihiris nipis )
  • Sedikit kacang panjang hiris serong
  • 1 sudu makan gula
  • Sedikit perasa jika perlu
  • 1/2 sdt garam
  • Kicap manis secukupnya
  • 1/2 cawan air asam jawa dengan lebih kurang 1/2 sdm asam jawa
  • 1 cawan air
  • 3 sudu besar ikan bilis ( tumbuk lumat )
  • 2 senduk minyak masak (untuk menumis)
  • Hirisan cili merah/cili kering

Bahan Tumis 

  • 2 biji bawang merah saiz 50 sen lama ( hiris nipis )
  • 4 ulas bawang putih ( hiris nipis )
  • 10 tangkai cili kering
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1/2 inci serai

Cara Buat Sambal Goreng Jawa Mudah :

#1: Goreng dahulu ubi kentang yang dihirs nipis hingga sedikit garing.Sambung goreng bahan lain iaitu tempe,tauhu,lauk pauk pilihan.Ketepikan.

Sedapnya lahai sambal goreng jawa.Sambal ni istimewa bagi masyarakat jawa.Hidang pada hari isitimewa.Resepi sambal goreng jawa dengan nasi ambeng best kan.

#2: Guna minyak tadi untuk menumis bahan kisar serta ikan bilis tumbuk hingga pecah minyak.Baru tambahkan air asam jawa,gula,perasa dan garam.Masukkan kicap manis untuk dapatkan warna sambal yang sesuai.Kacau hingga pecah minyak sekali lagi.

#3: Tambah masuk suhun, fucuk ,tempe,ubi kentang,hirisan cili merah atau hirisan cili kering dan kacang panjang serta lauk pauk pilihan.Kacau rata dan jika pelu tambah kicap,tambah sedikit.Kalau perlu tambah air dalam sambal,tambah sedikit sahaja.Gaul sebati dan angkat bila kacang dah mulai masak.

Siap untuk dihidangkan sambal goreng jawa ini.Memang senang untuk disediakan dan jika dah ditambahkan lauk pauk, memang dah cukup sambal ini dengan nasi putih je. Sedappp.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom