Resepi Sambal Ikan Bilis Kering Rangup Bersama Tempe

999
Sambil tengok tv, sambil mulut menguyah laju sambal ikan bilis tempe ni kan. Memang banyak guna. Buat makan dengan nasi panas pun sedap kan ni.

Kalau sebut sambal ikan bilis ni, mesti terbayang dengan sambal yang basah buat makan dengan nasi lemak kan. Tapi ada lagi satu yang terbayang dalam kepala saya ni. Sambal yang rangup dan kering dicampur dengan tempe dan kacang.Buat kunyah waktu tengok tv ataupun gaul makan bersama nasi panas. Alahai sedapnya kan.

Antara tips yang perlu anda tahu adalah goreng rangup ikan bilis dahulu. Goreng dengan minyak yang panas pada api sederhana dan masukkan asam keping .Itu cara dapatkan ikan bilis yang rangup ya.

Sambil tengok tv, sambil mulut menguyah laju sambal ikan bilis tempe ni kan. Memang banyak guna. Buat makan dengan nasi panas pun sedap kan ni.

Untuk tempe pun sama. Bila semuanya rangup baru sedap sambal ikan bilis kering kita ni.Kalau dah masuk angin , nanti tak best.

Kalau nak full resepi nasi lemak, boleh baca Resepi Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah Step By Step di sini ea.

Jom tengok bahan-bahan sambal ikan bilis kering ni untuk kuantiti 500-600 gram campuran ikan bilis tempe dan kacang ea. Oh ya,untuk menyenangkan kerja, beli je kacang yang dah siap digoreng. Tak perlu dah nak goreng kacang tanah serta nak buang kulit lagi:

  • 1 labu bawang besar / holland saiz sederhana
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia muda

Sambil tengok tv, sambil mulut menguyah laju sambal ikan bilis tempe ni kan. Memang banyak guna. Buat makan dengan nasi panas pun sedap kan ni.

Bahan-bahan di atas ini dikisar halus ya.

  • 4 senduk cili kisar yang cilinya direbus terlebih dahulu
  • 200 gram ikan bilis goreng
  • 200 gram kacang tanah
  • 200 gram tempe goreng
  • 1 sudu makan gula melaka hancur
  • Sedikit madu dan daun kari – pilihan nak letak atau tidak pun takpe

Cara – cara menyediakan sambal ikan bilis kering tempe ini :

#1: Mula-mula goreng semua bahan yang diperlukan. Selepas itu minyak yang digunkanan terus buat tumis bahan kisar. Bila dah pecah minyak , masukkan cili kisar dan kacau perlahan-lahan pada api sederhana kecil.

#2: Tunggu bahan pecah minyak 2-3 kali barulah tambah gula melaka hancur.Biarkan lagi hingga sambal menjadi kering dan likat.

Sambil tengok tv, sambil mulut menguyah laju sambal ikan bilis tempe ni kan. Memang banyak guna. Buat makan dengan nasi panas pun sedap kan ni.

#3: Kalau nk sambal basah.Lepas dh pecah minyak elom sambal.Tutup api bg sejuk dlu lps tu gaul rata dgn bahan goreng.Tambah daun kari jika nak aroma wangi lagi.

#4: Kalau nak sambal ikan bilis kering pula, lps dh sambal likat tadi,masuk bahan goreng n kecikkan api n kacaulah sampai kering.

Sambil tengok tv, sambil mulut menguyah laju sambal ikan bilis tempe ni kan. Memang banyak guna. Buat makan dengan nasi panas pun sedap kan ni.

Bila dah masak semuanya, tunggu sejuk dan isikan dalam balang kedap udara sambal ikan bilis ni. Dah boleh ratah dah. Selamat mencuba tau.

Jangan lupa suscribe channel You Tube kami untuk koleksi video tutorial kek,biskut,kuih dan masakan menarik yang lengkap. Cuba tengok resepi pilihan lain di bawah,senang kan</>

Video Tutorial Pilihan : Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah