Sambal Ketuk Jawa Yang Menggiurkan

30962
Resepi Sambal Ketuk Jawa Yang Menggiurkan yang mudah untuk disediakan. Paling sesuai untuk dimakan bersama nasi yang panas .
Resepi Sambal Ketuk Jawa Yang Menggiurkan yang mudah untuk disediakan. Paling sesuai untuk dimakan bersama nasi yang panas .

Tidak lengkap rasanya bagi sesetengah orang bila makan nasi tanpa ada hidangan sambal sebagai hidangan sampingan. Pelbagai jenis sambal yang boleh anda hasilkan menggunakan bahan yang ringkas sahaja.

Kali ini , kami akan memaparkan resepi Sambal Ketuk Jawa Yang Menggiurkan untuk anda. Jom lihat bahan – bahan dan cara peneydiaan .

BACA : Resepi Apam Susu Mudah Dan Sedap

Bahan-Bahan Sambal Ketuk Jawa Yang Menggiurkan

5 biji lada merah + cili padi . Cili padi digunakan untuk pedaskan sambal ketuk jawa.
5 ulas bawang merah
1 sudu kecil air asam jawa
1/2 cawan ikan bilis tanpa kepala
1/2 biji tomato
1 sudu kecil serbuk gula melaka
1 cm belacan

Klik jika anda mahu kurus.
Klik jika anda mahu kurus.

Cara Penyediaan Sambal Ketuk Jawa Yang Menggiurkan

Pertama , goreng rangup ikan bilis terlebih dahulu pada api sederhana . Bila dah rangup , angkat dan biarkan seketika . Bakar belacan sekejap di atas api kecil .

Kedua , bahan lain selain ikan bilis dan belacan dimasukkan ke dalam kuali menggunakan sedikit minyak gorengan ikan bilis tadi . Biarkan semua bahan layu pada api kecil.

Ketiga , masukkan  semua bahan ke dalam lesung dan tumbuk sehingga 3/4 hancur atau mengikut yang anda suka .

BACA : Biskut Raya 2016 – Biskut Cornflakes Badam Rangup  

Wah , memang senang hasilkan sambal ketuk jawa  ini kan . Tapi memang terbaik bila makan bersama nasi panas. Selamat mencuba .Terima kasih Delihayat Kitchen di atas keizinan menyiarkan resepi .

Untuk artikel resepi dan artikel tips serta info lain yang menarik dan lengkap, akak boleh KLIK TAG di bawah post ini atau terus ke RUANGAN MENU kami ye . Jika akak mahu cara yang senang, terus SEARCH artikel resepi dan artikel tips serta info lain yang akak mahu di ruangan yang disediakan ye. Terima kasih kerana mengunjungi laman web kami .

Jangan lupa berkongsi gambar  hasil resepi yang akak buat  di inbox  Facebook Pages Kami : Resepi Kek & Puding 

Dipersilakan share kepada kawan-kawan anda dengan cara mudah ini .
Smartphone –  klik button FB di bawah
Laptop – klik button share di sebelah artikel