Sambal Petai Ikan Masin Pasti Membuka Selera

7759
Memang membuka selera bila makan Sambal Petai Ikan Masin ni. Dengan khasiat petai masuk ke dalam badan . Jom tengok cara buat sambal petai ikan masin

Sumber artikel cara membuat sambal petai ikan masin ini daripada Puan Amy Catering dan diubah suai oleh kami . Anda boleh ke laman facebook beliau di link nama tersebut . Pekena nasi panas – panas dengan sambal petai yang sedap dan ditambah pula dengan khasiat petai memang elok sangat . 

Jadi kami akan tunjukkan kepada anda langkah demi langkah resepi sambal petai ikan masin khas kepada anda untuk bolehkan anda mahir membuatnya . Memang dah tak perlu lauk lain dah lau kena sambal petai ikan masin ni kan. Jom tengok cara penyediaan mudah ni. 

Untuk bahan – bahan sambal petai ikan masin ini , anda perlukan petai , lada besar merah , lada jari atau lada burung , limau kasturi , buah tomato , dua tiga ulas  bawang putih , dua biji bawang merah dan belacan 2 /3 cm serta akhir sekali ikan masin talang jika mahu sambal petai anda poweerrr .

Sukatan ini bergantung kepada kuantiti sambal petai ikan masin yang anda mahukan. Jadi boleh lah diubah suai mengikut kehendak anda ya. 

BACA DI LINK BARU : Sambal Belacan Terbaik Step by Step

Jadi cara masak sambal petai ikan masin ini tak sesukar resepi sambal udang , resepi sambal belacan atau resepi lain kerana ianya sungguh mudah .

Pertama , rendam ikan masin talang anda dalam air garam dan perahan limau nipis sekitar 30 minit untuk kurangkan rasa masin . Jika anda suka masin, kurangkan masa merendam . Untuk sambal petai ikan masin yang best , pastikan ikan masin talang tidak terlalu masin rasanya sehingga ia akan mengganggu rasa sambal petai .

Kedua , selepas direndam , panaskan minyak dalam kuali dan goreng . Bila nampak sedikit garing , angkat ikan talang anda. Biarkan minyak di dalam kuali. Sementara itu , kisar 80% hancur dua jenis cili , bawang merah , bawang putih dan belacan . Jika mahu rasa sambal petai ikan masin lagi best , bakar dahulu belacan sebelum di kisar. 

Memang membuka selera bila makan Sambal Petai Ikan Masin ni. Dengan khasiat petai masuk ke dalam badan . Jom tengok cara buat sambal petai ikan masin

Ketiga , tumis bahan kisar ke dalam minyak baki goreng ikan masin talang tadi sehingga garing menggunakan api kecil . Masukkan gula dan air limau nipis sehingga cukup rasa dan masukkan bahan utama sambal petai ikan masin iaitu buag petai yang rangup dan ikan masin talang yang digoreng dan tomato . 

BACA DI LINK BARU : Muffin Labu Kuning Gebu Lembut

Keempat , biarkan semua bahan sebati dan petai menjadi empuk . Bila semua kelihatan empuk , rasa dan tambahkan perasa  mengikut selera anda.

Masukkan ke dalam bekas dan simpan ke dalam peti ais . Nak tahu tak ? Sambal petai ikan masin yang disimpan dan diperangat semakin lama semakin syokk tau . Sedap dan anda harus cuba sendiri ya .

Share post ini dengan cara
Smartphone –  klik button FB di bawah

Laptop – klik button share di bawah