Sambal Sotong Masak Merah Dengan Isi Telur Sumbat

943

Sebut sahaja sambal sotong , terbayang sotong goreng tumis kemerah-merahan , di makan pula dengan nasi putih atau nasi lemak pastinya membuka selera.Hari ini kami berikan anda resepi istimewa ditambah pula dengan rasa telur sumbat yang membuka selera.

Bagi mendapatkan rasa sambal sotong yang pekat , hanya pastikan cili kisar yang ditumis masak sepenuhnya. Antara tips yang kami guna , rebus dahulu cili kering lebih kurang 30 minit sehingga empuk.Kisar dan simpan di dalam peti untuk digunakan jika diperlukan.Dengan cara ini , cili kisar mudah pecah minyak dan rasa mentah cili cepat hilang. 

Bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi sambal sotong ini adalah
Bahan untuk telur sumbat
1/3 bawang besar cincang
9 cm daun bawang
4 ekor udang saiz sederhana
Baki telur sotong
1 sudu makan butter
3 biji telur ayam
Sedikit lada sulah
BACA DI LINK BARU : Resepi Mee Goreng Mamak Istimewa Dengan Pes Lazat
Cara untuk membuat telur sumbat untuk dimasukkan ke dalam sotong pula adalah seperti video di atas. Untuk pastikan kepala sotong melekat,lekatkan dengan dua pencungkil gigi secara silang.

Selepas sotong dah siap , jom kita teruskan kepada langkah-langkah membuat sambal sotong masak tumis yang pastinya sangat meggiurkan.

6 sudu makan cili kisar
3 sudu makan halia/bawang merah / bawang putih yang dikisar bersama
1 sudu makan gula melaka
1 sudu makan asam jawa yang diambil airnya sahaja
3 sudu kicap pekat
Serbuk perasa dan garam secukup rasa

Untuk dapatkan sambal sotong tumis yang sedap , selepas masukkan cili kisar, pastikan ianya pecah minyak pada api kecil dan barulah dimasukkan bahan bawang merah putih dan halia kisar. Selepas masak barulah ditambah bahan lain dan pastikan ianya mendidih sebelum dimasukkan sotong telur sumbat ke dalam kuali.

Bagi memastikan sambal sotong masak dengan elok , tutup dengan penutup dan biarkan mendidih , buka dan kacau sekejap sebelum ditutup kembali  Ulang 2-3 kali langkah ini. Selepas sotong sambal merah dah masak , keringkan sedikit airnya dengan membuka penutup . 

Sotong sambal merah dengan telur sumbat dah masak dan siap dimakan.Mudahkan.

HUBUNGI KAMI DI SINI untuk sebarang undangan / review / pengiklanan / soalan

ANDA SUKA VIDEO KAMI YANG INI ?