Sambal Totok Jawa Yang Pasti Membuka Selera

9003
Sambal totok jawa , sambal belacan , hasilkan sambal , cara-cara buat sambal

Selamat menyambut bulan Ramadan untuk tahun 2016 ni daripada kami warga daridapur.com kepada anda semua. Pastinya untuk sahur , anda pening mahu menyediakan menu ringkas ya  ? Apakata cuba sambal totok jawa yang sedap tapi senang je cara penyediaan untuk dimakan dengan nasi panas. 

Resepi ini adalah daripada FB Dzull de Classique . Jom lihat macam mana cara untuk buat sambal totok jawa yang pastinya membuka selera sebagai hidangan sampingan berbuka atau bersahur di bulan yang mulia ini. 

BACA DI LINK BARU : Roti Sarang Lebah Butterscotch

Bahan – bahan untuk sambal totok jawa ini adalah seperti di bawah . Senang dan ringkas sahaja bahan yang diperlukannya . 

6 cili merah
6 ulas bawang putih 
6 ulas bawang merah 
1 mangkuk kecil ikan bilis atau mengikut selera tekak anda
1 cm belacan
Garam / gula secukup rasa atau anda gunakan sahaja serbuk cukup rasanya . 

Kuantiti bahan untuk menghasilkan resepi  sambal totok jawa ini boleh diubah berdasarkan kuantiti yang anda mahukan ye. 

Ok dh ada semua bahan – bahan untuk hasilkan sambal ni , jom tengok cara-caranya pula. 

Sambal totok jawa , sambal belacan , hasilkan sambal , cara-cara buat sambal

Pertama , anda potong lada bulat – bulat besar seperti dalam gambar di atas . Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak . Masukkan semua bahan dan goreng sehingga semua bahan menjadi layu . Pastikan api kecil sahaja untuk menggoreng semua bahan ini untuk elakkan bahan – bahan membuat sambal totok jawa menjadi hangus . 

Kedua , Bila semua layu , masukkan bahan perasa dan gaul sehingga rata . Angkat semua bahan goreng dan toskan di atas tisu dapur. Biarkan lebihan minyak meresap masuk . Kita tidak perlukan minyak untuk buat sambal ini . 

BACA DI LINK BARU : Resepi Biskut Dahlia Rangup Resepi Biskut Raya 2015

 

Ketiga , masukkan semua bahan yang telah ditoskan ke dalam lesung batu. Jangan blend/mesin bahan ini . Nanti rasa original sambal totok jawa tidak sedap seperti yang ditumbuk. Tumbuk semua bahan sehingga 80-90% hancur . Perah air limau kasturi dan sedia untuk dihidangkan. 

Memang sedap oooo.. Masukkan dalam lesung batu

Dipersilakan share kepada kawan-kawan anda dengan cara mudah ini .

Smartphone –  klik button FB di bawah
Laptop – klik button share di bawah

Hantarkan resepi atau sebarang jemputan , pertanyaan kepada kami di info@daridapur.com ya.