Resepi Sambal Udang Masak Merah Dengan Petai Yang Menggiurkan

433
Kalau sebut udang, mesti saya terbayang keenakan sambal udang masak merah yang diletakkan petai.Aduh aromanya boleh membuatkan nasi bertambah. Jom cuba

Dekat mana anda beli semua kelengkapan barang dapur ? Saya ni jenis malas nak jalan jauh. Mahu semua ada setempat ja. Kalau dulu saya suka tesco, family store tapi sekarang semua kelengkapan , makanan seperti lauk dan barang keperluan, terus dapatkan di pasaraya NSK.

Kalau sebut udang, mesti saya terbayang keenakan sambal udang masak merah yang diletakkan petai.Aduh aromanya boleh membuatkan nasi bertambah. Jom cuba

Hari itu saya beli udang , terus dalam kepala mahu buat udang masak merah bersama petai yang telah sedia ada dalam peti ais.Tips untuk simpan petai tahan lama adalah , selepas buang kulit dan bersihkan , letak di dalam bekas di bahagian freezer peti ais. Insyaallah tahan berbulan.Nak buat baru keluarkan.

Untuk resepi ikan tongkol masak merah , anda boleh cuba Ikan Tongkol Sambal Merah Merecikk di sini ya.

Sambal udang masak merah ni kalau saya kecik-kecik dulu,ianya lebih dikenali sebagai udang goreng pedas.Oleh sebab waktu kecil kami susah , maka hidangan udang ini boleh dikatakan mewah dan jarang-jarang kami dapat makan.Tapi pengalaman tu kan best.

Kalau sebut udang, mesti saya terbayang keenakan sambal udang masak merah yang diletakkan petai.Aduh aromanya boleh membuatkan nasi bertambah. Jom cuba

Ok jom tengok bahan-bahan untuk sambal udang masak merah petai ni :

  • 500 gram udang saiz pilihan
  • 3 sudu makan minyak
  • 3 senduk cili kisar
  • 1/2 sudu makan asam jawa
  • 1 sudu makan gula melaka hancur
  • 1 inci halia muda
  • Petai
  • Sedikit garam

Cara-cara untuk masak sambal udang masak merah ni pula :

#1: Panaskan minyak dan masukkan cili kisar. dan halia muda  Guna api perlahan dan tunggu sehingga masa dan pecah minyak.Bila semua dah pecah minyak cantik, barulah masukkan air asam jawa. Kalau tiada air asam jawa pun boleh,ganti je dengan asam keping pun boleh.Tapi jangan lupa keluarkan asam keping selepas tutup api.Untuk elak rasa masam terlebih.

#2: Masukkan gula melaka dan kacau lagi. Barulah dimasukkan udang beserta petai. Kacau dahulu sebelum tutup kuali dengan tudung periuk untuk bagi udang masak cepat dan sedap.

Kalau sebut udang, mesti saya terbayang keenakan sambal udang masak merah yang diletakkan petai.Aduh aromanya boleh membuatkan nasi bertambah. Jom cuba

#3: Jangan tambah air sebab nanti air udang akan turun dan kuah akan jadi banyak.Bila dah mendidih dan udang dah masak, barulah buka tudung periuk dan biarkan kuah memekat serta jadi berkurangan kepada tahap yang anda mahu.

#4: Akhir sekali baru perasakan dengan garam , serbuk perasa jika mahu. Untuk masakan seperti ini, saya tak tambah perasa pada tahap awal memasak disebabkan air udang akan turun.

Kalau anda nak masukkan hirisan bawang besar pun boleh dalam masakan sambal udang masak merah petai ni. Selamat mencuba ya.

Kalau sebut udang, mesti saya terbayang keenakan sambal udang masak merah yang diletakkan petai.Aduh aromanya boleh membuatkan nasi bertambah. Jom cuba

Jangan lupa suscribe channel You Tube kami untuk koleksi video tutorial kek,biskut,kuih dan masakan menarik yang lengkap. Cuba tengok resepi pilihan lain di bawah,senang kan</>

Video Tutorial Pilihan : Ikan Tongkol Masak Merah