Sedapnya Kulit Popia Sira Rangup Pedas Manis Ini

43947
Tak berhenti la makan kulit popia sira ni lepas dh tahu buat kan , lepas satu ,satu masuk mulut . Nak buat caman , rasa yang rangup dan sedap memang ketagih!

Siapa suka mengunyah kalau tengok tv ? Tambah – tambah lagi makan kulit popia sira yang rangup dengan rasa pedas manis ni , kami rasa sekali suap , mesti tak berhenti menyuap  . Sedar-sedar dah habis kan. 

So kali ini , kami akan berikan resepi kulit popia sira yang digoreng rangup langkah demi langkah ea. Terima kasih kepada Dapur Kecil Zaira atas resepi yang awesome ini. 

Cara untuk membuat kulit popia sira ni memang sangat senang dan sebungkus kulit popia leh hasilkan banyak tau . Jadi bahan – bahan yang diperlukan untuk hasilkan kulit popia sira ini adalah ;

1 paket kulit popia 40keping
35 biji cili kering direndam dalam 60 minit
7 ulas bawang putih
7-8 sudu gula
1 sudu madu
Sedikit tepung gandum
Sedikit air
.BACA DI LINK BARU :Manggo Cheese Cake Tak Perlu Dibakar Bersama Tips Bergambar
Tengok , bahan yang digunakan pon sangat simple kan . Bagi yang mahu cuba cari pendapatan , apa kata cuba resepi kulit popia sira yang digoreng rangup ini. Mesti ramai yang mahu membeli , sebab kadang – kadang , ramai tiada masa mahu membuatnya , tetapi makan , semua suka kan .
.
Ok bahan dah sedia , jom lah kita tengok langkah – langkah buat kulit popia sira ni . 
.
Pertama , masukkan tepung gandum bersama sedikit air sehingga menjadi likat . Kenapa ya ? Sebab kita mahu jadikan ianya gam sebagai kemasan untuk kulit popia yang sudah kita gulung. Gulung kulit popia memanjang . Cara gulung terpulang kepada anda mahu jenis yang macam mana, Hee.
.
Kedua , bila dh siap gulung ni , guntung kulit popia yang siap digulung tadi menjadi bulat-bulat . Anda tentukan sendiri jaraknya , Hanya pastikan ianya tidak terlalu besar kan. 
.
Ketiga , panaskan minyak dan goreng sehingga garing pada api sederhana supaya kulit popia sira anda masak dengan sekata dan rasanya rangup. Angkat dan toskan bila siap.
.BACA DI LINK BARU : 5 Alat Berkualiti Menjadikan  Bulan Ramadhan Anda Berjalan Lancar
Keempat , cili kering yang direndam tadi , ambil dan kisarkan bersama bawang putih . Kisar sehingga 80/90% lumat ya. Selepas itu , tumis sehingga pecah minya dan masukkan gula , madu serta kacau sehingga menjadi pekat dan kering. Pastikan api sederhana sahaja untuk dapatkan hasil yang mengancam untuk kulit popia sira ini. 
.
Kelima , sambal yang dah masak tu jangan terus diletakkan kulit popia tadi , tapi sejukkan dahulu supaya kulit popia tidak menjadi lembik . Bila dah sejuk  , barulah masukkan kulit popia yang dh digoreng tadi dan gaul sehingga rata dan sebati .
.
Keenam , nak tambah bijan putih ke , hitam atau kacang tumbuk , semua terpulang pada citarasa anda . Simpan dalam bekas tertutup supaya tidak mudah masuk angin. Antara tips penyimpanan kulit popia sira ni , anda simpan dalam bekas kecik – kecik .Supaya tidak mudah masuk angin bila anda makan sebotol demi sebotol. 
.
Siap dah resepi kulit popia sira ni  .Apa lagi , jom masuk kedapur lah kan. 
.
Selamat mencuba ya kek ini dengan cream cheese . Memang sedap.Lengkap kami berikan untuk anda step by step resepi carrot cake  untuk anda ya. Jangan lupa untuk mencubanya.
Jangan lupa like fb page kami di sini : Resepi Kek & Puding . Dipersilakan share kepada kawan-kawan anda dengan cara mudah di bawah ini ea Hantarkan resepi atau sebarang jemputan , pertanyaan kepada kami di info@daridapur.com ya.