Sagu Gula Melaka Yang Pastinya Menggembirakan Tekak Anda

91696
SAGU GULA MELAKA, CARA BUAT SAGU GULA MELAKA, RESEPI SAGU GULA MELAKA

Kebiasaan pada waktu berbuka , selain daripada kurma , air yang pelbagai jenis , mesti terselit pencuci mulut yang manis sedikit kan ? Apa kata hari ini anda cuba hirup sagu gula melaka yang menyejukkan rasa tekak anda. 

Sebenarnya tak susah pun untuk membuat sagu gula melaka ini . Hanya bahan-bahan yang ringkas sahaja diperlukan dan masa pembuatan adalah singkat. Jom kita tengok cara buat sagu gula melaka special ni . 

BACA DI LINK BARU : Biskut Raya 2016  Biskut Cornflakes Badam Rangup

Bahan sagu gula melaka ini boleh diubah mengikut rasa dan kuantiti yang anda mahukan . 

1 tin susu cair / santan bagi melemakkan rasa 
1 plastik kecil sagu
1 ketul gula melaka yang seketul – seketul ( ikut kuantiti sagu gula melaka yang anda mahu hasilkan )
sedikit pewarna sirap untuk bagi sagu menarik
3 helai daun pandan

Bahan lain yang boleh anda masukkan bagi mewangikan lagi sagu gula melaka ni adalah sedikit kulit kayu manis , esen vanilla. Tapi ini sebagai optional sahaja ya . Bukan kena letak. 

Cara masak sagu gula melaka pula ialah 

Pertama , hasilkan air gula melaka yang sedikit pekat. Caranya , panaskan periuk dengan api sederhana kecil , masukkan 1 cawan air , dan masukkan gula melaka bersama daun pandan yang telah diikat menjadi bentuk riben . Biarkan gula melaka mencair dan menjadi sedikit pekat . Kalau tak berapa pekat , tambah sedikit gula pasir. Biar menjadi pekat sedikit ya.  Tutup api dan sejukkan . 
Kedua , rendam sagu tadi sekitar 10/15 minit  , selepas itu toskan, masukkan dalam periuk dan tambah air sehingga melebihi sedikit dari paras sagu , masukkan pewarna sirap atau apa-apa anda mahu . Masakkan dengan api kecil sehingga warna putih sagu hilang dan menjadi likat. Kalau air menjadi kering sebelom sagu terbentuk elok, tambah air sedikit ya. Bila dh masak , sejukkan di dalam bekas lain.
SAGU GULA MELAKA, CARA BUAT SAGU GULA MELAKA, RESEPI SAGU GULA MELAKA

Ketiga , ambil bekas, masukkan cucu cair , letak sagu dua tiga sudu bergantung pada anda dan selepas itu masukkan air gula melaka tadi. Sejukkan dalam peti ais dan taraaa..siaplah sagu gula melaka anda.

BACA DI LINK BARU : 5 Alat Berkualiti Menjadikan  Bulan Ramadhan Anda Berjalan Lancar
.
Boleh tambah apa-apa yang anda mahu seperti yogurt atau apa-apa buahan atau ikut tekak anda ya.
.
Jangan lupa like fb page kami di sini : Resepi Kek & Puding . Dipersilakan share kepada kawan-kawan anda dengan cara mudah di bawah ini ea Hantarkan resepi atau sebarang jemputan , pertanyaan kepada kami di info@daridapur.com ya.