Hari ini kami nak kongsikan resepi sengkuang calit untuk anda cuba sendiri buat di rumah dan simpan sosnya. Sangat mudah untuk disediakan. Teringat zaman dulu-dulu selalu makan di tasik. Sekarang boleh tahan harganya kan. Baik kita buat sendiri.
Taklah susah pun. Hanya buat sos dan selepas itu bolehla beli sengkuang yang banyak dijual di pasar raya. Pilih yang besar-besar dan hiris dalam ketebalan 1-1.5 cm , simpan sejuk.
Nak makan nanti barulah kita lumurkan sos sengkuang calit di atas kepingan sengkuang yang sejuk, letak kekacang sikit dan ngappp.
BACA DI LINK BARU : Resipi Puding Roti 3 Layer Peloless Habis. Tips Best Kami Sediakan.
Ada yang campur kekacang itu dengan garam gula. Terpulang pada selera anda sendiri.Semua boleh.
Terima kasih kepada Tuan Kamarul Ariffin Nor Sadan di atas resepi sengkuang calit ni. Sangat sedap bila makan panas-panas dan waktu petang.Tambah-tambah bila sengkuang tu sejuk dan letak kacang tumbuk kan. Boleh kami semua mencubanya.
Bahan Resepi Sos Sengkuang Calit :
Kuantiti bahan yang anda gunakan ini akan dapat dalam 1 bekas kecil sos. Cukup sangat dah kan. Sengkuang ikut suka. Pilih yang besar.
- 4 sudu makan taucu manis
- 8 sudu makan gula Melaka
- 2 sudu makan minyak bijan
- ½ sudu teh cili boh/cili kisar
- ½ sudu teh pes asam jawa
- 2 sudu teh tepung jagung
- 1 mangkuk kecil kacang tanah
- Air secukupnya
Cara Buat Resepi Sengkuang Calit Best :
#1: Beli sengkuang di pasar raya. Pilih yang elok untuk dapatkan rasa rangup dan manis.Kupas kulit dan hiris dengan ketebalan -1.5cm. Dah siap potong, letak dalam bekas dan simpan dalam peti.
Masukkan bahan asas iaitu taucu manis, gula melaka, pes asam jawa dan cili boh atau cili kisar. Kisarkan dalam pengisar makanan dengan sedikit air dan 2 sudu makan minyak bijan. Untuk dapatkan warna merah, letak sedikit pewarna merah jika mahu dalam anggaran 2-3 titik sahaja.
#2: Keluarkan bahan kisar dan masukkan dalam periuk kecil. Renehkan dengan api kecil sehingga cili kisar semua masak untuk elak jadi rasa pahit.Dah masak, cuba rasa .Kalau perlu tambah.tambah gula garam ikut selera. Boleh juga guna madu ea.
Untuk pekatkan sos sengkuang calit, masukkan bancuhan tepung jagung sebagai agen pemekat.Sos akan jadi berkilat cantik dan pekat sedikit.Dah siap sesuaikan rasa, sejukkan sos sengkuang calit dan masukkan dalam bekas,jar kaca.
Dah sejuk, bolehla lumurkan sos sengkuang calit di atas kepingan sengkuang tadi dan akhir sekali tabur kacang tanah yang disangai dan ditumbuk.
Rangup, manis, masin dan berlemak rasa sengkuang calit ini. Boleh la anda cuba sendiri rumah.Selamat mencuba.
Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom