Resepi Souffle Cheesecake 3 Bahan Yang Sangat Mudah

12377

Selepas dua minggu sebelum ini, variasi kek cheese daripada kek span dan juga japanese cotton cheesecake, hari ini saya tunjukkan lagi variasi kek cheese yang terbaru, souffle cheesecake.

Apa yang bestnya , souffle cheeeseake ini hanya gunakan 3 bahan mudah .Jadi kalau tekak rasa mengidam nak merasa keenakkan kek cheese yang lembut, boleh terus buat tak de masalah.

Cheesecake ini tidak boleh dikukus disebabkan tiada tepung. Kalau kukus alamatnya, mendap macam telur rebus cheese la jawabnya.hee.

Tips untuk souffle cheesecake ni, kacau ganas pun takpa sebab kita  nak buih udara terlalu banyak.Sebab kek cheese kan sedap yang jenis mendap dan dimakan ketika sejuk.

Bahan-bahan untuk membuat soufle cheesecake  :

  • 3 biji telur (asingkan putih&kuning telur )
  • 120 gram cream cheese
  • 120 gram coklat putih / atau susu pekat manis dalam kuantiti yang sama.Kali ni saya guna susu pekat

Jom kali ni kita cuba souffle cheesake.Alahai senang sungguh sebab tak de tepung bagai dan hanya guna 3 bahan mudah ja. Tapi kegebuan dia memang syok tau

Cara membuat souffle cheesecake ini anda boleh tengok dalam video tutorial yang saya berikan di bahagian atas dan bawah dan baca tips yang pasti anda berpuas hati dengan hasilnya:

#1: Panaskan oven pada suhu 170’C bersama setengah air dalam tray pembakar. Panaskan air hingga mendidih dalam periuk.Lepas tu letak bekas guna kaedah double boil , kecilkan api. Masukkan susu pekat bersama cheese .Kacau hingga adunan cheesecake sebati.Lepas tu tutup api,masukkan kuning telur dan kacau seperti dalam video

#2: Masukkan putih telur ke dalam bowl mixer dan jadikan ianya soft peak meringue seperti dalam video di bawah. Tengok bentuk soft peak yang saya tunjuk. Jangan over nanti kek akan mendap / x cantik.

Jom kali ni kita cuba souffle cheesake.Alahai senang sungguh sebab tak de tepung bagai dan hanya guna 3 bahan mudah ja. Tapi kegebuan dia memang syok tau

#3: Masukkan meringue ke dalam adunan cheese dalam 3 bahagian. 2 bahagian pertama kacau ganas-ganas pun takpe.Yang ketiga tu elok-elok sikit.Untuk gebukan sedikit.

Sebab adunan ni sikit ja, untuk cantik , bakar dalam loyang yang kecik dan tinggi. Griskan baking paper / parchment paper dengan minyak jagung or minyak masak dan tampak di bawah serta sekeliling loyang untuk sempurnakan pembakaran kek.

Jom kali ni kita cuba souffle cheesake.Alahai senang sungguh sebab tak de tepung bagai dan hanya guna 3 bahan mudah ja. Tapi kegebuan dia memang syok tau

#4: Bakar guna teknik waterbath. Jaga suhu betul-betul .Ini berdasarkan oven. Suhu yang sesuai 170’C untuk 30 minit pertama dan 140’C untuk 30 minit seterusnya atau tambah masa pembakaran sehingga masak. Suhu sangat penting untuk elakkan kek merekah, kek mendap , tak masak atau hangit. Jadi fahamkan perangai oven anda masing-masing

Jom kali ni kita cuba souffle cheesake.Alahai senang sungguh sebab tak de tepung bagai dan hanya guna 3 bahan mudah ja. Tapi kegebuan dia memang syok tau

Bila dah masak, sejukkan betul-betul sebelum dikeluarkan. Kalau masih lembab, masukkan ke dalam peti dahulu untuk keringkan air.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom