Step by Step Kek Pandan Layer Tutorial Khas Untuk Anda

1733
Apa kata untuk anda yang mahu cari pendapatan, cuba belajar buat kek pandan layer yang mudah dan sedap ni.Hasilnya, kek jadi lebih menarik dan cantik kan.

Macam mana la diorang buat kek pandan layer yang nampak licin dan cantik kan ? Mesti anda ada terfikir tentang ini bila tengah scroll fb.Tengok nampak cantik rata je permukaan kek kan.Untuk anda yang mencari resepinya, kami akan berikan full step by step macam mana nak buat kek pandan layer ni.

Untuk kek pula,anda boleh guna resepi kek span pandan yang dah kami hasilkan di sini berserta video. Cuba anda tengok resepi Resepi Kek Pandan Chifon Gebu Beserta Tips Penuh . Siap dengan video tutorial dah kami berikan.

Untuk kek pandan layer, yang paling penting adalah tepung hoen kwe. Kenapa pelik sangat nama tepung nya? Untuk pengetahuan anda, tepung ni dihasilkan daripada kekacang.Boleh dapatkan di pasaraya.Biasanya tepung hoen kwee terdapat dalam warna hijau dan putih yang paling mudah cari.

Apa kata untuk anda yang mahu cari pendapatan, cuba belajar buat kek pandan layer yang mudah dan sedap ni.Hasilnya, kek jadi lebih menarik dan cantik kan.

Ok sekarang dah tahu semua tips untuk buat kek pandan layer kan . Owh ya, kek pandan yang dibuat tu seeloknya anda bakar dalam bekas bulat dan tinggi supaya menjadi cantik bila anda dah belah kepada 3 bahagian.

Bahan-bahan untuk membuat kek pandan layer :
Bahan A

  • 400 ml santan kara kotak
  • 85 gram tepong hoen kwe hijau
  • Secubit garam
  • Sedikit perisa pandan atau pewarna hijau

Campurkan semua bahan-bahan ini dan kacau sebati.Tapiskan 2-3 kali supaya semua bahan bercampur dan tidak berketul untuk elak kek pandan layer menjadi tidak cantik.

Apa kata untuk anda yang mahu cari pendapatan, cuba belajar buat kek pandan layer yang mudah dan sedap ni.Hasilnya, kek jadi lebih menarik dan cantik kan.

Bahan B

  • 160 gram gula kastor
  • 500 gram air daun pandan
  • 1 sudu besar serbuk agar agar

#1: Panaskan api dan tuang air daun pandan.Masak sehingga mendidih dan baruah dimasukkan serbuk agar-agar.Kacau hingga larut barulah dimasukkan gula kastor. Dah sebati tutup api, tapis dan masukkan ke dalam periuk semula.

#2: Campurkan bahan A tadi dan kacau lagi hingga pekat dan meletup buihnya. Bila dah berkilat , terus tutup api ya .

 

#3: Kek span pandan tadi dibelah kepada 3 bahagian. Letak lapisan bawah dan lapiskan dengan layer 1. Letak kek lagi dan lapis hingga siap. Barulah tuangkan layer hingga menutupi semua permukaan kek dan hentak 2-3 kali supaya kek padat. Untuk langkah ini, elok gunakan bekas yang besar ya. Masukkan kek pandan layer ke dalam peti dan sejukkan kek 2-3 jam.

Siap untuk dimakan dah kek pandan layer ni. Senang ja bila dah buat kan. Jom cuba .

Jangan lupa suscribe channel You Tube kami untuk koleksi video tutorial kek,biskut,kuih dan masakan menarik yang lengkap. Cuba tengok resepi pilihan lain di bawah,senang kan</>

Video Pilihan : Resepi Kek Span Pandan