Step By Step Resepi Kek Mentega Kukus Yang Awesome Gebu

8373

Salah satu kek yang menjadi ramai untuk disajikan ketika minum petang atau majlis kecil ialah kek mentega yang dikukus .Rasanya yang lembut dan teksturnya yang gebu pasti memikat hati sesiapa yang memakannya. Olahan corak pada permukaan kek bergantung pada kreativiti anda yang tersendiri.

Kami berikan anda resepi penuh , step by step cara buat kek mentega kukus dan tips sekali supaya anda akan dapat hasilkan lebih baik daripada kami di dalam video yang disediakan.

Bahan – bahan kek mentega sangat senang didapati dan ianya salah satu daripada mengapa kek ini sangat popular . Jom kita tengok bahan-bahan dan langkah menghasilkan kek ini.

.resepi kek mentega kukus lembut
Saiz loyang 7×7 yang kami gunakan seperti dalam video
Bahan A
125 gram gula biasa yang diblend
2 sudu makan ovalet tapi isipadu tidak penuh
4 biji telur saiz B
190 gram tepung superfine
.
Bahan B
220 gram mentega
2 sudu makan susu pekat
1 sudu teh esen vanilla ( dalam video 2 sudu kerana kami gunakan sukatan 1/2 sudu teh )
.
Bahan Pilihan
Pewarna makanan yang anda mahukan
.
Bahan buat dah tersedia , jom kita beralih kepada cara buat resepi kek mentega kukus ni .Dalam bekas A , putar gula , telur , ovalet sehingga kembang dan pekat . Masukkan tepung sedikit demi sedikit seperti dalam video. Ketepikan.
.BACA DI LINK BARU : Resepi Kek Lumut Hijau Kukus
Bekas B masukkan mentega, susu, esen vanilla. Putar sekejap lepastu pukul sehingga sebati kembang.Tips : Gunakan satu arah sahaja.
.
Gabung Bahan B ke dalam Bahan A dan gaul sebati adunan kek mentega kukus ini menggukan kaedah kaup balik . Tengok video.
Bagi yang mahukan corak or warna , boleh bahagikan kepada 2/3 adunan. 
.
Alaskan permukaan bawah loyang 7×7 dengan baking paper dan sapukan mentega di dinding loyang. Masukkan adunan bersilang ganti.Sebelum mengukus kek mentega, pastikan anda mendidihkan air dalam pengukus terlebih dahulu dan masukkan loyang . Kecilkan api serta kukus selama 60 minit. 
.
Tutup api dan biarkan 5-10 minit bagi kek anda sejuk , terbalikkan seperti dalam video dan siap sedia untuk di makan. Anda boleh tengok kan betapa lembutnya tekstur kek. 
Selamat mencuba daripada kami. 
.
Jangan lupa Suscribe Channel You Tube kami untuk pelbagai resepi detail yang kami berikan kepada anda.