7 Tips Dari Pakar Untuk Hasilkan Kek & Biskut Yang Lazat

38098
7 tips serta panduan ini merupakan asa untuk akak menghasilkan kek dan biskut yang hebat pada rasa dan cantik pada mata. Sangat berbaloi untuk di baca.
7 tips serta panduan ini merupakan asa untuk akak menghasilkan kek dan biskut yang hebat pada rasa dan cantik pada mata. Sangat berbaloi untuk di baca.

Ini tips yang perlu akak tahu untuk dapatkan hasil yang mendapat pujian dari tekak  yang merasainya dan membuatkan orang terus menikmati hasil masakan anda setelah mencuba resepi di Daridapur.com . Resepi di hujung jari anda . Jom lihat dan amalkan tips mudah ini.

TELUR
Pilih telur gred A ( 50-60g) untuk kek dan gred B ( 40-50g) untuk biskut. SEBABNYA ? Telur yang besar bagi resepi biskut akan buatkan doh menjadi lembik akibat lebihan cecair telur dan lari daripada resepi. Sebab itu akak tambah tepung ,bila bakar, mengeras dan rasanya gigit kayu kan. Ok dah dapat idea ?

Untuk dapatkan rasa kek yang gebu , pastikan ketika mengadun telur sehingga betul-betul gebu adunan telur . Cara untuk tahu sama ada sudah gebu ? Akak cedok dengan senduk kayu dan terbalikkan. Jika tidak jatuh , tahniah. Akak sudah berjaya.

KELAJUAN MEMUKUL
Biskut –
kelajuan yang paling rendah/menguli dengan tangan sahaja selama beberapa minit . Jika akak seorang penjual , ye, barulah guna mesin penguli .

Kek –
Kelajuan rendah sehingga sebati dan gebu seterusnya kelajuan sederhana untuk 4 minit sekurang-kurangnya dan akhirnya pada kelajuan yang maksima untuk 7 minit bagi mendapatkan hasil yang betul-betul gebu.

TIPS HAND MIXER – PASTIKAN GULA HANCUR DAHULU BARULAH DIMASUKKAN TELUR
TIPS TEPUNG – KACAU PADA KELAJUAN RENDAH DAN MASUKKAN BAHAN CECAIR BERSELANG SELI

Butter – Gunakan butter yang telah disediakan pada suhu bilik. Jika akak pukul butter yang dikeluarkan dari peti ais , ianya memerlukan masa yang lama dan boleh menyebabkan berminyak . Jika berminyak, biskut akak akan rosak teksturnya dan menjadi keras.

BUTTER
Apabila membuat biskut, sebaiknya jangan menggunakan mentega yg masih keras. Ini kerana mentega yg masih keras perlu dipukul lama dan jika tidak berhati-hati ia akan jadi berminyak.
Sebaiknya biarkan mentega lembut sedikit pada suhu bilik.
Adunan mentega untuk biskut, jika di kacau berlebihan hingga menjadi berminyak akan menyebabkan biskut terbantut. Butter dan gula perlu dipukul sehingga ringan dan gebu untuk elakkan berbintil / berbiji selepas telur dimasukkan.

Kek menjadi lebih wangi jika butter digunakan berbanding marjerin. Elakkan guna marjerin kilo jika terpaksa.

TIPS KEK

Bahan kering seeloknya digaul rata dan diayak sebelum dimasukkan ke dalam bahan basah untuk mendapatkan kek yang gebu

Jangan buka kek yang dibakar sekurang – sekurangnya 45-50 minit pertama

Cucuk lidi di tengah kek untuk periksa kek telah masak atau belum . Jika tiada kek yg melekat pada lidi, itu tanda kek akak sudah masak.

Gunakan baking paper atau alaskan acuan pembakar dgn butter untuk elakkan kek melekat.

Untuk kek kukus, panaskan kukusan terlebih dahulu dan balut penutup kukusan dengan kain bersih untuk elakkan wap air jatuh ke atas kek.

TIPS BISKUT

Tolak biskut secara perlahan, jika biskut bergerak , itu tanda biskut akak sudah masak .

Tips ini dibawakan oleh RESEPI KEK & PUDING ( Facebook Pages ) dan DARIDAPUR.COM (laman web ) untuk akak betul-betul berjaya mendapatkan hasil yang diingini dan sedap.

Share pada kawan-kawan juga taw.