5 Tips Elak Tikus Masuk Ke Dalam Rumah Anda.

6523
Tips elak tikus

Tikus. Sebut saja pasal tikus , mesti ramai antara mereka yang menduduki asrama , hostel , rumah sewa , mahupun rumah sendiri bersama anak-anak dan sanak saudara berasa geli dan sedikit mengerikan bukan , dan kalau boleh , nak tahu seribu satu cara dan tips nak elak tikus dari masuk ke kawasan atau teritori anda bukan ? Tikus merupakan salah satu haiwan perosak yang lazimnya senang dilihat mengerumuni kawasan-kawasan yang kotor dan dipenuhi sampah sarap untuk mereka mencari makanan untuk dimakan.

Kencing tikus , keracunan makanan dan penyakit alahan tikus merupakan antara penyakit yang telah menghantui manusia dan penyebabnya merupakan tikus yang telah menjadi musuh manusia berabad lamanya. Terdapat satu wabak yang telah membunuh 25 juta rakyat Eropah pada abad ke-14 yang berpunca daripada tikus-tikus yang menjadikan longkang-longkang dan lorong-lorong gelap sebagai ‘tempat perumahan’ mereka.Seba itu kami berikan tips elak tikus supaya penyakit ini dapat anda elak kepada keluarga.

Balik kepada topik asal , mari kita lihat 5 tips elak tikus yang boleh diamalkan untuk mengelak tikus daripada ‘menghuni’ rumah kita kelak. Saya ada juga menulis f fd

#1: Daun pandan

Daun pandan merupakan salah satu jenis tumbuhan yang mengeluarkan aroma pewangi yang sangat menyegarkan. Sering digunakan sebagai pewangi rumah , mandi bunga dan untuk melancarkan haid wanita. Bau wangi yang dikeluarkan oleh daun pandan tersebut dapat mengelakkan pembiakan tikus-tikus dalam rumah anda kerana tikus alah dan sangat tidak menyukai bau wangi-wangian.

daun pandan tips elak tikus

#2: Buah mengkudu

Untuk tips elak tikus masuk rumah no 2, disarankan anda mengambil beberapa biji buah mengkudu dan potong menjadi kecil kepada beberapa bahagian. Letakkan ia di dalam bekas ataupun mangkuk kemudian letakkan di kawasan yang sentiasa menjadi laluan tikus kerana bau daun mengkudu yang menyengat dapat menghalau tikus.

tips elak tikus masuk rumah

#3: Cat badan tikus.
Haha! Tips elak tikus yang ni paling melucukan! Tangkap seekor tikus dalam rumah anda dan perangkap ia untuk dicat. Cat badan tikus dengan cat berwarna merah dan lepaskan tikus tersebut kepada koloni tikus-tikus lain. Sudah pasti tikus tersebut tidak akan datang menghantui anda lagi. Bukan tikus itu sahaja , malahan ‘rakan-rakannya’ yang lain juga takkan menghantui anda pada masa depan. Hehe.
#4: Bela Kucing

 Tips elak tikus yang ni memang senang sebab terus pelihara kucing.Jikalau anda sangat suka membela kucing , bela seekor kucing yang bukan sahaja dapat menjadi peneman anda di dalam rumah , malahan dapat menghalau tikus-tikus perosak ini daripada terus menjajah kawasan rumah anda. Hal ini kerana kucing merupakan musuh utama bagi koloni tikus ini. Cuma jangan pula bela kucing mahal-mahal tapi tak dapat nak halau tikus pulak ya ?

tips elak tikus
#5: Guna serai wangi

Terdapat pelbagai produk serai wangi di pasaran dan anda boleh dapatkan produk tersebut dalam bentuk spray atau semburan untuk disembur di kawasan-kawasan yang disyaki menjadi pintu masuk laluan tikus yang telah mengerumuni rumah anda. Produk serai wangi ini bukan sahaja berkesan untuk tikus , malahan berkesan untuk haiwan perosak yang lain mahupun serangga-serangga.

 Pelbagai lagi langkah-langkah yang boleh diambil untuk atasi masalah haiwan perosak ini. Semoga usaha anda membuahkan hasil kelak tau.

Jangan lupa suscribe channel You Tube saya untuk koleksi video tutorial kek,biskut,kuih dan masakan menarik yang lengkap.</>