Tips Lengkap Menulis Buttercream Di Atas Kek Yang Perlu Anda Tahu

25444

Artikel tips menulis buttercream di atas kek ini adalah daripada Puan Wan Harizaitu . Anda boleh mendapatkan khidmat beliau untuk sebarang tempahan. Kadang kala sebagai seorang ibu , bila tiba saat yang indah seperti hari ulang tahun perkahwinan, hari lahir keluarga atau majlis-majlis tertentu , kita mahu membuat sebiji kek yang 100% adalah hasil air tangan kita . Dengan kek yang diadun sebati sehingga gebu dan dihiasi dengan pelbagai corak beserta tulisan daripada buttercream , ianya menjadi kenangan yang manis untuk dikenang. 

Jadi kami berikan anda tips menulis buttercream di atas kek dengan lengkap dan sepenuhnya kerana kami memahami keinginan seorang ibu . Apa kata kita bermula dengan bagaimana membuat buttercream yang elok dan menjadi dan kemudian kami berikan tips untuk anda. Sudah bersedia ?

Pertama sekali adalah bagaimana untuk membuat buttercream yang cantik sekaligus menjadikan anda pakar dalam menulis di atas kek menggunakan buttercream . Anda perlukan 500g krimwell dan 200g gula aising yang telah diayak . Apakah itu krimwell ? Ianya adalah sejenis krim yang mengandungi pelbagai bahan seperti minyak kelapa sawit, minyak bunga matahari dan pelbagai bahan lagi . Anda boleh mendapatkan di kedai menjual bahan kek. 

1
Kredit gambar pada Puan Wan Harizaitu – diedit oleh daridapur.com

Cara untuk membuat buttercream pula adalah , anda putar sehingga sebati kedua – dua bahan ini menggunakan pemutar tanagn pada kelajuan sederhana sahaja. Untuk warna buttercream pula , anda boleh menggunakan bahan pewarna yang selalu digunakan mengikut pilihan. Sebelum kami berikan tips lengkap menulis buttercream  , jadi anda telah ada buttercream yang telah siap mengikut pecahan warna. Alatan yang diperlukan untuk menulis pula adalah menggunakan nozel bernombor 1 atau lubang yang paling kecik . Isikan buttercream ke dalam piping bag atau jika tiada , plastik biasa pun tidak menjadi masalah. 

BACA DI LINK BARU : Resepi Kek Buah Yang Mudah

Satu lagi cara untuk menulis di atas kek menggunakan buttercream ini jika anda tiada set nozel berlubang kecil untuk tulisan kecil , anda juga boleh menggunakan piping bag/plastik yang dipotong pada hujungnya dan tekan buttercream bagi menulis. 

Jadi kami berikan pula tips lengkap menulis buttercream di atas kek . Mulakan dengan lafaz Bismillahirohmanirohim dan selepas itu , pastikan buttercream anda dalam keadaan siap sedia dan tidak terlalu lembik dan keras yang akan menyukarkan proses menulis. Anda juga perlu membuat anggaran jumlah tulisan supaya semua tulisan yang anda mahu muat di atas permukaan kek. Cara mudah , tuliskan dulu di atas udara menggunakan imaginasi . 

2
Kredit gambar pada Puan Wan Harizaitu – diedit oleh daridapur.com

Selepas itu , masukkan buttercream ke dalam piping bag dan pastikan tiada ruang udara yang terkandung. Rapatkan buttercream ke hujung plastik. 

Untuk tips ketiga tips lengkap menulis buttercream ini pula, semasa menulis, pastikan anda menahan nafas untuk mengelakkan daripada tulisan comot  . Jika mahu berehat , angkat piping bag dan sambung proses menulis buttercream di atas kek anda.

Untuk mendapatkan tulisan yang kemas dan lurus , semasa menulis, tengok huruf dan perkataan sebelum untuk selarikan bentuk dan tulisan. Jika anda menggunakan tangan kanan, tangan kiri hendaklah memegang tangan kanan supaya  tidak menggigil ketika menulis yang boleh merencatkan tulisan buttercream anda. 

BACA DI LINK BARU : 6 Panduan Menarik Untuk Jadikan Kek Anda Gebu

Tekan buttercream lama sedikit bagi membolehkan huruf tertulis jelas dan kelihatan cantik membulat sedikit pada awal dan pangkal huruf. Teknik ini akan membuatkan buttercream anda tidak terikut naik , kemas dan tidak meninggalkan lelehan pada permukaan kek. 

3
Kredit gambar pada Puan Wan Harizaitu – diedit oleh daridapur.com

 

Tips terakhir untuk  tips lengkap menulis buttercream ini adalah , ketika menulis, jangan bercakap ! hee.

Jadi sekarang anda sudah mendapat tips lengkap menulis buttercream di atas permukaan kek. Jom deko kek untuk majlis anda sendiri selepas ini. Selamat mencuba 

Dipersilakan share kepada kawan-kawan anda dengan cara mudah ini .

Smartphone –  klik button FB di bawah
Laptop – klik button share di bawah