3 Minggu Pun Sayur Masih Elok Dengan Tips Segarkan Sayur Ini

6877
Dengan 3 tips segarkan sayur ini, lepas ni tak perlu dah ulang alik pergi pasar semata-mata nak cari sayur sebab sayur mudah rosak kan. Semoga bermanfaat .

Kalau bercakap pasal sayur, memang selalu mengecewakan. Sayur kalau dibeli selalunya tidak tahan lama. Hanya dalam beberapa hari saja, sayur dan menjadi kecut, layu, kering, lunyai dan tidak segar. Kalau nak beli sayur tiap hari di kedai runcit memang tidaklah. Kalau terdesak mungkin ya. Bukan apa, sayur di kedai runcit selalunya harga melampau dan tersangat mahal. Sayur pun tidaklah segar mana pun.

Saya dan suami memang setiap bulan akan selalu ke Pasar Borong dan beli bekalan makanan basah dan sayur-sayuran buat bekalan sebulan. Jadi kalau sayur rosak memang mengecewakan sangat. Tapi, saya ada satu tips segarkan sayur yang berjaya memjadikan sayur kita kekal segar seperti baru beli.

Jom saya kongsikan tips segarkan sayur ni .Boleh kita buat nanti.Saya juga ada berkongsi Tips Untuk Jadikan Anda Pakar Membuat Nasi Lemak di sini.

Dengan 3 tips segarkan sayur ini, lepas ni tak perlu dah ulang alik pergi pasar semata-mata nak cari sayur sebab sayur mudah rosak kan. Semoga bermanfaat .

#1:  Anda perlulah satukan kesemua sayur-sayuran di dalam satu bekas. Kemudian rendamkan sayur tadi dengan air dan tambahkan sedikit garam. Biarkan selama 10 minit sahaja. Jangan lebih ya. Kalau terlalu lama, takut sayur kita akan mengecut seperti jeruk.

#2:  Setelah itu, toskan sayur-sayuran tadi dan rendam semula bersama air. Tapi kali ini tanpa penggunaan garam. Rendam selama 5 minit lagi. Ini bertujuan untuk sayur kita menyerap air dan menjadi segar.

#3:  Seterusnya, toskan sekali lagi dan biarkan sayur kita betul-betul kering daripada sebarang titisan air. Ini untuk mengelakkan sayur cepat lembik dan lunyai. Setelah tiu, anda bolahlah masukkan sayur kita ke dalam bekas kedap udara dan simpan di dalam peti sejuk.

Dengan 3 tips segarkan sayur ini, lepas ni tak perlu dah ulang alik pergi pasar semata-mata nak cari sayur sebab sayur mudah rosak kan. Semoga bermanfaat .

Hanya dengan 3 tips segarkan sayur mudah ini , ianya sangat berbaloi. Yang pasti, sayur anda pasti akan kekal segar-bugar walaupun berminggu-minggu.

Kaedah dan tips ini mampu menjimatkan perbelanjaan dan dapat menjimatkan masa dan minyak kereta. Anda pun tak perlu lagi ke kedai setiap hari untuk membeli sayur-sayuran. Selamat mencuba semua. Moga tips segarkan sayur ini bermanfaat.

Saya sendiri dan mencuba tips segarkan sayur ini.. Alhamdulillah. Sayur memang tahan lama. Saya dan suami tak perlu risau lagi bekalan sayur kami rosak. Tips ni saya dapat daripada kenalan di Facebook. Semoga bertambah pahala buat kita semua dengan berkongsi ilmu dan tips. Insha Allah.

Jangan lupa suscribe channel You Tube kami untuk koleksi video tutorial kek,biskut,kuih dan masakan menarik yang lengkap. Cuba tengok resepi pilihan lain di bawah,senang kan</>

Sumber :
Puan Nurul Aima

Video Pilihan : Resepi Kek Pandan Gebu