Tips Untuk Jadikan Anda Pakar Membuat Nasi Lemak

25473
Tips dan petua untuk membantu anda menyediakan nasi lemak yang lazat dan menepati cita rasa. Kalau suka nasi lemak berderai , kena ikut tips ini.
Tips dan petua untuk membantu anda menyediakan nasi lemak yang lazat dan menepati cita rasa. Kalau suka nasi lemak berderai , kena ikut tips ini.

Bercakap mengenai nasi lemak , pasti anda terbayangkan rasa sambal yang menyengat enak , dicampur dengan lemak rasa nasi putih yang berderai elok dan berlaukkan ikan bilis yang rangup atau apa -apa lauk kesukaan anda. Tapi bila tiba untuk membuat nasi lemak , semua itu hilang dan diganti dengan rasa lemau , tawar dan entah apa lagi . Jadi kami keluarkan artikel ” Tips Untuk Jadikan Anda Pakar Membuat Nasi Lemak ”  ini khas untuk anda  yang berada dalam situasi di atas .

Segala tips dalam membuat nasi lemak ini sudah terbukti keberkesanannya dan kami amat sarankan untuk anda mengikuti tips dan petua yang telah kami beri ini .

Tips Untuk Jadikan Anda Pakar Membuat Nasi Lemak

1 – Untuk dapatkan nasi yang berderai dan tidak melekat , tambahkan satu sudu minyak masak ke dalam periuk  . Minyak masak juga boleh ditambah bila nasi telah kering dan gaul nasi sehingga sebati . Mesti cuba tips ini.

2 – Campurkan santan bersama air pada nisbah 1 : 1 untuk mendapatkan nasi lemak yang betul sedap dan cantik .

3 – Tumis sambal pada api sederhana kecil dan menggunakan minyak masak yang banyak sehingga sambal betul-betul kering . Selepas kering , minyak dikeluarkan dan masukkan perasa anda. Pasti sambal menjadi enak dan pekat.

4 – Tips mendapatkan sambal yang cantik adalah dengan memasukkan gula perang semasa menumis sambal . Gula perang akan membuat sambal nasi lemak anda kelihatan merah pekat dan enak.

5 –  Masukkan selabu bawang besar yang dipotong empat bersama bahan biasa lain ke dalam nasi untuk nasi yang lembih wangi dan manis secara semula jadi .

6 – Cara mendapatkan bilis rangup , goreng ke dalam minyak yang cukup panas dengan banyak pada api sederhana . Jangan tunggu sehingngit. Sentiasa kacau .

7 –  Nasi lemak tahan lama dan berbau harum bila santan dikurangkan seperti tips no 1 dan masukkan juga daun pandan bersama sedikit garam . Pasti nasi lemak anda bertahan lebih lama tidak mudah basi dari kebiasaan.

Teruja hendak mencuba resepi nasi lemak dengan tips kami berikan ?

Memang anda patut teruja . Insyaallah nasi lemak anda menjadi lebih sedap selepas amalkan tips dan petua yang telah kami berikan ini.

rtikel Resepi/Tips lain yang boleh anda baca :

6 Panduan Hasilkan Kek Gebu
6 Kesilapan Membuat Kek Yang Patut Anda Elak
7 Tips Dari Pakar Untuk Penyediaan Biskut Dan Kek

serta banyak lagi kami sediakan untuk anda.

Untuk artikel resepi dan artikel tips serta info lain yang menarik dan lengkap, akak boleh KLIK TAG di bawah post ini atau terus ke RUANGAN MENU kami ye . Jika akak mahu cara yang senang, terus SEARCH artikel resepi dan artikel tips serta info lain yang akak mahu di ruangan yang disediakan ye. Terima kasih kerana mengunjungi laman web kami .

Jangan lupa berkongsi gambar  hasil resepi yang akak buat  di inbox  Facebook Pages Kami : Resepi Kek & Puding 

Dipersilakan share kepada kawan-kawan anda dengan cara mudah ini .
Smartphone –  klik button FB di bawah
Laptop – klik button share di sebelah artikel