
Salam dan selamat sejahtera warga dari dapur. Pernah tak anda mengalami sakit perut yang teruk / senggugut ketika hampir datang bulan ? Jika ya, anda disarankan membaca artikel ini ” Wanita Yang Senggugut Teruk Harus Cuba Jamu Berkhasiat Ini “. Jamu kunyit ini sangat elok untuk kita amalkan . Jangan risau , jamu kunyit ini boleh disimpan selama 2 minggu di dalam peti ais. Dinasihatkan mengamalkan secawan jamu kunyit setiap 2 hari sekali.Jom tengok.
Kebaikkan jamu kunyit untuk para wanita adalah semestinya kepada dalaman dan luaran tubuh badan sendiri. Apa kebaikkan lain ? Kami senaraikan sedikit sahaja yang sangat-sangat bagus untuk kita.
-melancarkan period
-membuang angin yang menjadi punca perut buncit
-mengempiskan perut
-mengecutkan rahim selepas bersalin
-membuang darah kotar
-melancarkan peredaran darah

Dah nampak khasiatnya kan ? Jom lihat cara buat jamu ini.
Di dalam periuk yang dipanaskan dengan api sederhana, masukkan 2 cawan air , 2 sudu besar asam jawa, satu sudu besar madu, 1 cm halia yang dihiris kecil , 5 cm kunyit yang dihiris kecil. Rebus selama 30-40 minit pada api sederhana. Apabila siap, tapis dan minum ketika suam/sejuk.
Memang sangat bagus pada kesihatan jika di amalkan. Jangan bimbang, jamu ini boleh disimpan di dalam peti ais dan tahan sehingga dua minggu.
Artikel Tips Kesihatan lain yang boleh anda baca :
Khasiat dan Cara Buat Air Detox
12 Kegunaan Cuka Epal
9 Makanan Menurunkan Berat Badan
serta banyak lagi ….
Untuk artikel resepi dan artikel tips serta info lain yang menarik dan lengkap, akak boleh KLIK TAG di bawah post ini atau terus ke RUANGAN MENU kami ye . Jika akak mahu cara yang senang, terus SEARCH artikel resepi dan artikel tips serta info lain akak mahu di ruangan yang disediakan ye. Terima kasih kerana mengunjungi laman web kami .
Dipersilakan share kepada kawan-kawan anda dengan cara mudah ini .
Smartphone – klik button FB di bawah
Laptop – klik button share di sebelah artikel